Tuesday, January 5, 2010

Suara Hatiku...

Buat insan yg bakal memiliki diriku.....

Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH... Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...

Ya Allah
Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya insan ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Monday, January 4, 2010

Tuesday, September 15, 2009

contoh terbaru sijil SILk..



aku xpandai sgt dlm hal2 ni...
so..
aku harap sape2 yg ade pglmn dlm buat sijil ni
bagi komen ckit..



Monday, September 14, 2009

Thursday, September 10, 2009

Assalamualaikum....

Hari ni, arido dah jumpa dengan penyelia arido untuk ambik bab 1
hmm... arido bersyukur sangat sebab penyelia arido boleh terima bab 1 tu
cuma arido kena baiki dia punya rujukan dan juga senarai kandungan bagi bab 1
alhamdullilah...
arido bersyukur sangat2.. coz lepas ni arido dah boleh tumpukan pada bab 2 dan bab 3 pulak
terima kasih Pn.. di atas komen yang membina..


Saturday, September 5, 2009

Cerita Budak-budak Linguistik

Hari ni.. budak-budak linguistik buat majlis berbuka puasa
nak tahu x kat mane?
hmm... sudah semestinye la kat resort za'ba
sana kan tempat yang tenang dan bebas dr segala gangguan
ha3... kata Mr. AJ la
majlis 2, simple2 je
but.. still meriah dgn gelagat budak2 ni
mgkn ni akan jadi satu memori manis bagi kite semua bile dah konvo kelak
yela... kite kan xpernah buat majlis bersame2 mcm ni
arido rase la, bile dah tahun 3 ni.. hubungan kite semua pun dah makin rapat kan....
bagus la 2... lagipun kite hanye ade 2sem je lagi kat ukm ni
rase sedih la pulak.. hu3..

Selamat datang ke Resort Za'ba

hero-hero linguistik ngah siapkan dapur tuk bakar ayam

wah... wah... eddy ade bakat la... nanti leh jadi tauke ayam bakar ni.

ish... ish... ish... sempat lagi bergambar... he3

Nape dgn amin 2? seronok sangat ke bakar ayam dgn eddy 2?






Tuesday, September 1, 2009

Dah beli juadah berbuka ke?




Hari ni... arido rasa nak berbuka dengan nasi kerabu lah...
dah lama x makan nasi kerabu.
pastu, kuih lak... arido beli samosa dengan popia
hmm.... cukup la 2 buat bbuka jap lagi..
ooooya... lupa lak.
nak minum air pe erk jap ag?
hmm.... jus dragon fruit? atau milo ais???
confius....