Friday, July 31, 2009

Setujukah anda dengan istilah 'pencemaran bahasa'?

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat [http://prpm.dbp.gov.my]. Definisi pencemaran bahasa ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar perauran-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat [http://www.scribd.com]. Menurut Hassan bin ahmad (1979:20) pula, pencemaran bahasa bermaksud bahasa yang amat buruk digunakan sehingga mencemarkan imej Bahasa Malaysia. Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas maka, boleh saya katakan bahawa istilah ‘pencemaran bahasa’ amat sesuai digunakan dalam melihat masalah penyalahgunaan bahasa dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Hal ini kerana, masyarakat kita sudah mula terpengaruh dengan bahasa SMS sehingga terbawa-bawa di dalam situasi formal. Contohnya penyampaian dalam SMS ialah `x' bagi maksud tak atau tidak, `4' (untuk atau for), `cnma' (macam mana), `yg' (yang), `u' (awak), `tq' (terima kasih), `ok' (okey), `lg' (lagi), `g' (pergi) dan `p'kdmtn' (perkhidmatan). Menurut Dr Awang Penggunaan bahasa ringkas itu tidak salah, tetapi bahasa akan jadi rosak jika pengguna tidak dapat membezakan ragam bahasa rasmi dengan ragam bahasa basahan, maka pencemaran bahasa akan berlaku. Oleh itu, pengguna bahasa tidak sepatutnya terikut-ikut dengan ragam bahasa basahan sehingga menggunakannya ketika melakukan urusan rasmi seperti karangan, surat rasmi dan memo” [http://aplikasi.kpkt.gov.my].

Rujukan:

1. http://aplikasi.kpkt.gov.my

2. http://prpm.dbp.gov.my

3. http://www.scribd.com

4. sistem dan perkembangan perlaksanaan BM serta kaitannya dengan masalah pencemaran BM. 1979. jurnal Dewan Bahasa:23:9-25. KL. DBP.

Wednesday, July 29, 2009

Assalamualaikmu semua.....

kau orang dah ada tajuk tak? aku dah pilih tajuk 'bahasa orang mandriq' tapi....
tajuk tu susah nak dapatkan kosa ilmu, sebab tak pernah orang kaji lagi pasal bahasa tu...
penat dah aku asyik berkejar ke PTSL je..... huh!!! tesis....oh... tesis... kau amat mendera jiwa dan raga aku betul la.....