Sunday, August 22, 2010

Alhamdulillah.... syukur pd Allah S.W.T






akhirnya setelah penat berhempas pulas... kita dah berjaya berada hingga ke tahap ni. buat teman2 ku di luar sana.. arido harap kita semua cepat mendapat kerja dan jgn tputus hbgn erk... seronok sgt ms konvo nga korang. mybe 2 last perangai giler2 kite he3... lepas ni entah ke mana lagi kite semua merantau n xth bile ag dapat jumpa.

Thursday, April 8, 2010

Alhamdulillah....

akhirnya.. arido berjaya menyiapkan tesis dan telah diterima dengan rasminya oleh penyelia arido iaitu pada tanggal 6hb.. manakala ketua program Linguistik juga dah mengesahkan tesis tersebut..
syukur alhamdulilah.. terima kasih kepada siapa2 yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada arido selama menyiapkan tesis.. love u all.

Monday, January 25, 2010

Tension!!! Tension!!! Tension!!!

Susahnya nak analisis data bahasa Mendriq ni
tak tahu dah nk hurai pe lg..
rs dh banyak arido bincangkan data 2, tapi bile check balik br 12pg
dah la die punya imbuhan bbelit2.. sakit kepale arido nk analisis satu2
bab 1 dan 2 arido dh send kat mama..
tapi xg ambik lg.. hr jumaat ni br g jumpe die
harap2 die trm dua bab 2..
klu boleh.. hr jumaat ni juga arido nak send bab 3 dan 4
bestnyeeeeeeeeee... lau dapat siapkan tesis b4 bln 2 ni..
ha3.. boleh ke? cm mustahil je...
tapi klu betul leh siapkan awl.. bestnye.. bulan 3 dan bulan 4 dh xde kerja nk buat leh lah arido mengkoya2kan diri 4 sambung novel.. hak.. hak.. hak..
saat2 getir cm ni pun.. arido leh tpikir lg sal novel..
idea ngah mencurah2 sekarang ni..
namun demi sebuah tesis.. arido terpaksa tumpukan minda, jiwa, raga dan segala2nya
asalkan tesis arido siap b4 last date bende alah 2 kene ato.

Sunday, January 17, 2010

Aku Cinta Kamu...


Aku cinta kamu… I love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.

Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.

Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita.

dipetik dari:http://www.madahcinta.com/(alicesona)

ni arido ada sertakan sedikit kisah cinta yang arido pernah terima dari sms. Mungkin semua dh tahu cerita ni, tapi arido masukan dalam ni sekadar renungan kita bersama.. (100% dari sms yg arido terima)

-it's a cute love story-

a guy had cancer and had only 30days left... he liked a girl working in a cd shop but never told her about his luv. everyday, he used 2 buy a cd just 2 spend some time with her. after a month he died, the girl went in search 4 him.. his mum told he died out of cancer and took her 2 his room, when she saw all the cd's unopened and the girl started crying.. u know why?
its becoz, she had love letters 4 him inside the cd's
"both loved.. but never expressed!!!"

tapi ingat.. jangan lafazkan kata kata keramat itu, sekirannya:

jgn katakan 'kucinta padamu, bile kau x benar2 peduli.. jgn bicarakan soal perasaan, bila itu xbenar2 ada. jgn kau sentuh hidup seseorang, bila kau hanya berniat main2 dengannya. jgn menatap kedip mata seseorg, bile ape yang kau lakukan hanya pembohongan. hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorg jatuh cinta, sdgkan kau tak berniat langsung untuk menerimanya
(dipetik dari sms yg pernah arido baca)


Friday, January 15, 2010

Assalamualaikum...

Hari ni arido dapat belajar benda baru lagi
dapat belajar SMD (seni mempertahankan diri) susah giler do..
berbelit-belit tgn arido, maklumlah... xde basic pun.. tapi mmg menyeronokan
tibe-tibe je ade semangat nk jd polis.. he3
hek! Hek! wacha.... ha3

Assalamualaikum...

hari ni first time arido pegang stereng kete.. takut giler... pas2 bila, cikgu ajar slow2.. blh la arido buat sikit-sikit.. tapi still ke tengah ke tepi lagi.. he3... hancus betul... tapi best juga la coz dpt learn ssua2 yg barukan.. hope.. arido dapat bt lebih baik lagi pada hari-hari yg akan datang..

Tuesday, January 12, 2010

Seindah cinta mu -5-

Damia hanya memerhati langkah Suhaila sehinggalah susuk tubuh wanita itu hilang dibalik dinding. Dia mencapai begnya lalu tanggannya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Hello! Lia.. kau dah habis kerja ke?” ujar Damia apabila sudah ada pemanggil di hujung talian.

“Belum lagi la... aku ada kat rumah custemor ni kat Pasir Puteh. Maybe, malam ni baru aku balik. Kenapa kau dah sampai kat ofis aku ke? Sorry la.. aku tak sempat nak bagi tau kau tadi.” Balas Amalia dengan rasa bersalah.

“Tak apa lah kalau macam tu.. lagipun aku ada hal sikit. Habis malam ni kau balik dengan apa?”

“Kawan sepejabat aku yang hantarkan. Eh! Apa sal aku dengar suara kau lain macam je ni? Kau sakit ke?” soal Amalia apabila mendengar perubahan suara sahabat baiknya itu.

“Aku ok je... aku cuma nak tahu kau dah keluar pejabat atau belum aje tadi.” balas Damia cuba menyembunyikan perasaannya.

“Are you sure, Mia? Aku kawan kau la.. aku tahu ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku.. please Mia tell me...!!!”

Damia hanya mampu berdiam diri. Dia cuba mengawal perasaannya. Dia tidak mahu Amalia mengesyaki apa-apa.

“Mia!!! Kenapa ni? Kenapa diam? Kau ok tak ni?” soal Amalia lagi.

“Aku ok. Kau jangan risau lah.. ok lah, aku pergi dulu. Nanti jumpa kat rumah. Bye!” lalu talian dimatikan

Damia menekan punat off pada handsetnya kemudian dia meletakkan kembali handsetnya itu ke dalam beg . Damia melangkah keluar dari restoran tersebut dan mendapatkan kereta wiranya.

************************************************************************

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya dia tiba jua ditempat yang ingin dituju. Dia melangkah keluar dari perut kereta lalu melangkah kakinya ke arah surau yang terletak tidak jauh dari kawasan parking itu. Dia segera menunaikan solat Asar, memandangkan waktu sudah merangkak senja. Usai mengerjakan solat asar, dia tidak terus keluar, malah mencapai surah yassin yang tersusun di atas rak. Lalu dengan penuh khusyuk dia mengalunkan kalimah Allah itu. Dia mula meninggalkan surau itu, setelah siap mengerjakan solat magrib.

Lama dia berjalan menyusuri pantai. Deruan angin dan alunan ombak menjadi irama yang cukup mendamaikan hatinya. Buat beberapa ketika, mindanya mula berhenti dari memikirkan tentang peristiwa tadi apabila dia terlalu asyik memuji keindahan ciptaan Ilahi.

Walaupun malam sudah melangkah tiba, namun masih ramai yang mengunjungi tempat itu. Sambil berjalan Damia membuang pandangannya ke setiap penjuru pantai, kemudian pandangannya mula jatuh pada sekumpulan remaja yang sedang enak bergelak ketawa. Alangkah indahnya kalau aku juga boleh ketawa seperti mereka, desis hati kecil Damia.

Kemudian sorontan matanya dilemparkan ke arah gerai-gerai yang ada di sepanjang pantai Irama itu. Namun Damia tidak tertarik untuk menjamu selera di sana. Seleranya hilang sejak peristiwa petang tadi.

Tiba-tiba peristiwa tadi kembali bermaharaja dibenaknya. Bayangan Azlan dan Suhaila datang silih berganti. Air jernih yang cuba ditahannya petang tadi, akhirnya mengalir lesu di pipi. Lama dia membiarkan air jernih itu keluar dari kelompak matanya. Sesungguhnya dia terasa amat sakit dikala ini dan air jernih itu seolah-olah sedang memujuk hatinya agar rasa sakit itu berkurangan. Namun si air mata, tidak mampu untuk merawat sang hati yang kesakitan itu. Rasa sakit itu terus-terusan mencucuk tangkai hatinya.

Sudah hampir 3 bulan dia mengenali lelaki itu, namun baru hari ini dia mengetahui kebenaran yang sebenar. Kebenaran yang bejaya merobek hatinya dan memusnahkan segala impiannya. Kenapa mesti aku dipertemukan dengan dia, kalau kebenarannya dia tidak mungkin menjadi milik aku? Kenapa kebenaran itu harus terbongkar sekarang bukannya 3 bulan yang lalu? Kenapa kau seksa kau Azlan? Kenapa mesti kau tipu aku?. Pelbagai persoalan mula menerjah mindanya.

“Apa yang kau cari dalam hidup kau, Mia? Bukankah kau selalu dambakan cinta sejati dari seorang lelaki? Dan kau sendiri tahu yang Azlan kahwin dengan Suhaila kerana terpaksa. Kau juga tahu yang Azlan sayangkan kau, jadi kenapa perlu kau sakitkan hati kau? Kenapa kau nak sangat jaga hati isteri dia? Habis hati kau siapa nak jaga?” ujar satu suara yang lahir dari hati kecilnya.

“Aku tak sanggup nak lukakan hati isteri dia. Aku juga seorang perempuan, aku faham perasaan dia dan aku takkan sesekali melukakan hati orang lain demi mencapai kebahagiaan aku.” balas Damia cuba melawan suara hatinya itu.

“Kau penakut, Mia... Kau penakut... Kalau betul kau sayangkan Azlan, kau harus merebutnya dari Suhaila. Azlan milik kau. Kau tak boleh mengalah macam ni.” ujar suara itu lagi

“Dah... Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Pergi kau dari sini.. pergi...” ucap Damia kuat sambil menutup telinganya. Dia tidak mahu suara itu terusan mengganggunya.

“Hai Awak! Kenapa ni?” tegur seorang lelaki yang agak serabai pakaiannya

“Er.. tak ada apa-apa” balas Damia teragak-agak sambil mejatuhkan tangannya. Dia tidak sangka monolognya sebentar tadi didengari oleh dua orang lelaki itu.

“Awak ada masalah ke? Kalau tak keberatan, biar kami berdua temankan awak. Mana tahu, awak boleh lupakan masalah awak tu.” ujar rakannya pula sambil tersenyum seribu makna.

“Tak ape.. saya tak ada apa-apa. Terima kasih aja.” Damia bersuara gugup. Dia mula diburu rasa takut apabila melihat senyuman nakal dua lelaki itu.

“Alah... awak ni. Jangan lah sombong sangat. Kami hanya nak temankan awak aja.. bukan nak buat apa-apa pun.” balas lelaki pertama sambil menarik lembut tangan Damia

Terkejut Damia dengan tindakan lelaki itu. Dengan kasar, Damia meretap tangan lelaki itu, dia melangkah menjauhi lelaki tersebut.

“Rilek la... tak kan sentuh tangan sikit pun tak boleh...” ujar lelaki itu sambil tersenyum lalu mengenggam kemas lengan Damia.

“Eh! Apa ni.. kalau kau orang nak duit, aku boleh bagi.. tapi tolong jangan apa-apakan aku.” pinta Damia. Dalam hati, dia tidak henti-henti berdoa supaya lelaki itu tidak mengapa-apakan dirinya.

Tiada jawapan yang keluar dari mulut kedua-dua lelaki itu, yang kedengaran hanyalah hilai tawa mereka.

“Woi! Apa korang buat ni hah?” jerit satu suara memecah hilai tawa kedua-dua lelaki itu tadi. Semua orang berpaling ke arah suara itu.

“Alah.. kecoh la mamat ni.. kau bising-bising kenapa ? aku tak kacau awek kau pun ? jadi jangan masuk campur. ” ujar lelaki yang berpakain serabai itu. Lengan Damia masih dicengkam kemas.

“A’aa.. la bro.. kecoh ar lu ni. Jangan masuk campur hal kita orang boleh tak ? ” ucap kawannya pula.

“Aku bukan nak masuk campur hal korang... tapi dah nampak sangat budak ni, tak suka korang kacau dia.. jadi tunggu pe lagi. Blah la... ” balas pemuda yang itu tegas.

“Hek eleh ! mamat ni nak tunjuk hero pulak. Tapi ok juga tu, tangan aku ni pun dah lama tak belasah orang. Macam dah gatal sangat ni, kau pegang budak perempuan ni Din, biar gua ajar mamat ni.”

Lelaki itu masuk menyerang dengan menghayungkan penumbuknya ke arah pemuda itu, namun setiap hayunan penumbuknya itu, berjaya ditepis. Tangan kiri pemuda itu kemas menggengam kolar baju lelaki yang berada dihadapannya. Tangan kanannya menumbuk lelaki itu beberapa kali. Lelaki itu jatuh terpelanting ke tanah. Mukanya tersembam ke gigi air.

Kemudian dia berpaling ke arah lelaki yang masih mencengkam lengan gadis itu, namun belum sempat dia melepaskan tumbukan ke arah lelaki itu, kedua-dua lelaki tersebut bertepiaran lari meninggalkan tempat itu.

“Awak tak apa-apa ? ” soal pemuda itu sambil merenung gadis dihadapannya itu. Lama dia merenung gadis itu, rasanya dia pernah melihat wajah ini. Namun dia tidak tahu di mana dia melihatnya.

“Saya tak apa-apa. Terima kasih kerana selamatkan saya tadi.” Ucap Damia yang masih lagi terkejut dengan kejadian sebentar tadi.

“Awak datang dengan apa? Kereta ke?”

Damia sekadar memberikan anggukan kecil dengan senyuman kelat. Dalam hati masih terasa debarnya. Siapa sangka kalau pemuda itu juga mempunyai niat yang sama dengan dua orang lelaki tadi.

“Kalau macam tu.. biar saya temankan awak ke sana.” Balas pemuda itu bersahaja sambil berjalan ke arah parking kereta. Damia hanya menuruti langkah pemuda itu dari belakang.

Suasana menjadi sepi. Masing-masing berdiam diri. Setelah 10 minit berlalu, akhirnya Damia mampu menarik nafas lega kerana dia sudah berada di sebelah kereta wiranya.

“Thanks kerana hantar saya sampai ke sini.” Ujar Damia, ikhlas dari hatinya dan mengutum senyum ke arah pemuda itu.

“Is ok.. hal kecik aja tu. Lain kali, jangan berjalan seorang diri lagi. Bahaya. Awak tu perempuan!”

Damia hanya melemparkan sekuntum senyuman. Lalu dia membuka pintu keretannya. Setealh menghidupkan enjin kereta, Damia memberi hon pada pemuda itu, sambil mengangkat tangan kanannya. Kemudian kereta wiranya mula meninggalkan kawasan parking tersebut.

Monday, January 11, 2010

Seindah Cintamu -4-

“Hello!, ni kak Damia ke?” ujar suara di hujung talian.

“Ya. Boleh saya tahu, siapa yang bercakap ni?” soal Damia, apabila menjawab panggilan dari orang yang tidak dikenalinya itu.

“Saya, Suhaila kak. Akak free tak hari ni, boleh kita jumpa?”

“Jumpa? Kenapa?” soal Damia hairan.

“Saya ada sesuatu nak bagi tau akak.”

“Nak bagi tau tentang apa? Dan adik ni siapa sebenarnya?

“Ada sesuatu yang akak perlu tahu dan saya rasa tak sesuai untuk saya bercakap melalui telefon. Boleh tak kita jumpa petang ni, dekat Restoran Seri Selera. Akak tahu kan tempat tu...”

“Ya.. saya tahu.. tapi awak ni siapa? Dan kenapa saya perlu jumpa awak? Sedangkan saya tak kenal pun awak.”

“Please akak.... kita jumpa petang ni. Ada perkara yang perlu akak tahu...”

“Tolong la Cik Suhaila... tak payah nak berteka-teki dengan saya. Siapa awak sebenarnya? Dan apa pulak kaitan awak dengan diri saya?” Damia mula hilang sabar dengan gadis yang berada di hujung talian itu.

“Saya akan tunggu akak dekat sana. Saya berharap sangat akak akan datang.” lalu talian dimatikan.

************************************************************************************

Setelah waktu persekolahan tamat, Damia terus melangkah kakinya ke surau untuk menunaikan solat zohor. Usai mengerjakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, dia terus ke parking lot. Damia terus meredah arus bandar Kota Bharu yang sibuk itu. Damia menyusuri Jalan Hamzah dengan berhati-hati dan terus memintas hala ke Jalan Lundang. Dia memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Seri Selera.

Damia mengalih pandangannya dari satu meja ke satu meja lalu pandangannya mula jatuh ke arah gelas dihadapannya. Dia meneguk minuman itu buat seketika. Sudah 15 minit berlalu. Namun, gadis yang mengelarkan dirinya Suhaila itu masih tidak kunjung tiba. Damia mula merasa cuak menunggu. Dia mula berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.

“Kak Damia?”

Tiba-tiba suatu suara menyapanya. Damia mendongak dan terpempan seketika. Matanya meraut pada wajah ayu yang muncul secara tiba-tiba itu. Hatinya mula berdebar-debar.

“Err... Suhaila?” Damia bersuara, lantas bangun dan menyalami gadis yang bernama Suhaila itu tadi.

Gadis itu mengganguk disertai dengan sekilas senyuman lalu menyambut salam yang dihulurkan oleh Damia sebentar tadi.

“Maaf kerana terlambat. Sebenarnya dah lama saya nak jumpa akak... Namun saya takut untuk bersemuka dengan akak.” ujar Suhaila. Dalam hati, dia memuji kecantikan yang dimiliki oleh Damia. Tidak mustahil kalau Azlan tergila-gilakan Damia, kerana wajah secantik Damia mampu menawan siapa sahaja yang memandangnya.

“Siapa Suhaila sebenarnya? Dan apa kaitan dengan saya?” soal Damia serius.

“Saya minta maaf, sekiranya pertemuan ini bakal merosakan hubungan akak dengan abang Azlan.”

“Apa! merosakan hubungan saya dengan Azlan? Apa maksud awak sebenarnya ni? Tolong la jangan berteki-teki dengan saya. Awak ni siapa sebenarnya? Dan apa kaitan dengan saya dan Azlan?”

“Sebenarnya Abang Azlan tu... suami saya, kak.” ujar Suhaila sambil merenung Damia.

“Apa! Dia suami awak?” terkedu Damia dengan pengakuan Suhaila sebentar tadi.

Dia merenung gadis itu lama, cuba mencari kebenaran disebalik kata-kata itu.

“Dah hampir 6 bulan kami mendirikan rumahtangga, tapi Abang Azlan masih tak boleh terima saya sebagai isterinya. Dia kahwin dengan saya pun kerana terpaksa, kak.” balas Suhaila sambil melepaskan keluhan kecil. “Kami kahwin atas kehendak keluaga. Memang pada mulanya saya juga tak boleh terima Abang Azlan sebagai seorang suami. Namun selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga, saya mula menyayangi dirinya dan saya takut akan kehilangan diri dia, kak.” sambung Suhaila lagi.

Buat seketika suasana di antara mereka menjadi sepi. Masing-masing membisu, yang kedengaran hanyalah suara tawa serta perbualan pelanggan-pelanggan lain yang berada dalam restoran berkenaan.

“Entahlah... Saya tak tahu apa yang harus saya cakap. Semua ni berlaku secara mengejut. Saya betul-betul tak sangka yang selama ini saya bermadu kasih dengan suami orang. Saya minta maaf. Saya betul-betul tak tahu yang Azlan dah berkahwin.”

“Tak kak.. akak tak salah... abang Azlan pun tak bersalah.. keadaan yang menyebabkan kita jadi macam ni. Walaupun dia tak boleh terima diri saya sebagai isterinya, tapi abang Azlan tak pernah abaikan tanggunjawabnya sebagai seorang suami. Tapi bila saya tahu, dia berkawan dengan akak, saya jadi takut... saya takut dia akan ceraikan saya.”

Hati damia kian dipagut rasa bersalah. Perasaannya berkecamuk. Simpati, sedih, dan kecewa kian mencucuk tangkai hatinya. Wajah serta senyuman Azlan terbayang di ruang mata. Sungguh dia sayang... Azlan sudah mula menapak dihatinya. Hanya nama lelaki itu yang sering meniti di bibirnya. Namun dia tidak akan merampas kebahagiaan orang lain demi dirinya.

“Saya minta maaf... saya betul-betul tak tahu akan hal ni. Kalau saya tahu, saya takkan rapat dengan dia. Awak jangan risau... saya akan jauhkan diri saya dari Azlan.”

“Saya tak kisah, kalau akak nak terus berkawan dengan dia. Saya juga sanggup berkongsi kasih dengan akak. Saya sanggup...”

“Memang saya sayangkan dia... terlalu sayang. Tapi saya juga seorang perempuan macam awak, saya faham perasaan awak. Saya takkan hancurkan hati awak demi mencapai kebahagiaan diri saya. Saya tahu apa yang awak tuturkan pada bibir awak tu, tak sama dengan apa yang ada dalam hati awak” potong Damia cepat.

Dia merenung tepat ke arah gadis itu. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang diujarkan sebentar tadi. Mampukah dia melupakan wajah itu? mampukah dia membunuh perasaannya pada lelaki itu? semua persoalan itu terus bermain dimindanya.

“Terima kasih.. kerana akak memahami keadaan saya.” ujar Suhaila, lalu mencapai tangan Damia. Damia hanya tersenyum dia cuba menyembunyikan gelodak hatinya.

Assalamualaikum...

Dah banyak hari arido x buka blog.. internet slow la.. pas2 air selalu je xde.. mmg geram betul.
yuran kolej, bukan main ag mahal.. tapi kemudahan hampeh...

ni satu lagi masalah... bln 2 ni ct hnya smggu je.. tapi byk la pulak program... confius la nak buat keputusan. he3... mana satu nak pilih erk!!!
1. Perkhemahan agong suksis kat tapah, perak.. cam best juga.. dh lama x camping.. mesti
seronok
2. Kene kaji dialek perlis la pulak.. yang ni mmg la wajib pergi.. lau x.. kene la aku kat papa uda
tu.. masa mt surat pelepasan pun dh kene basuh.. ni kan pulak xnk pergi.. hu3.. sabor je la
3. Percutian nga fmly aku.. kat pulau perhentian.. yang ni paling-paling la best.. tapi.. yg dua kat atas 2 lak yg kacau....

Thursday, January 7, 2010

Salam...

sebenarnya Arido masih xde idea ag nak mgarang. So, untuk hilangkan rasa boring yang mengiler ni.. Arido main la edit-edit gambar kat imikimi.. he3.. semua gambar-gambar ni memori yang terindah selama Arido di ukm. So layan je la... he3


Sambutan raya bersama budak-budak linguistik


berkhemah kat hulu bendul, N9


Shortsem yang membawa seribu makna.. he3 ade orang nangis time ni.. sape 2 erk! he3
kepada yang berkenaan, Arido minta maaf.. tapi xpe.. itu rahsia kita ber4. he3


Ni bersama dengan geng suksis di Pantai Teluk Cempedak..


Ni gambar koya-koya... he3
1. masa bday Arido nga Lina (aksi menyuap kek, he3!)
2. masa siapkan asgmnt di rumah ank yatim
3. parti menyambut kemenangan coz menang drama terbaik..
4. bergambar sms joging


Ni gambar yang diambik masa konvo.. diploma undang-undang
hu..hu..hu...
pelik kan.. ambik linguistik tapi konvo diploma undang2... he3


Bergambar di markas palapes...


Cepat!!! cari orang-orang kat dalam gambar tu.. nanti dapat ganjaran
he3...


semasa join AJK jamuan 4 TG2KM
dapat jumpa bunkface do..


Ni budak-budak suksis.. ms kursus etika kat Lembah Pansung



Jom kita berparti...


Ni semua muka penat... coz xtvt lasak giler
kat PGA, johor.. kursus baca peta


jamuan raya suksis


Dinner KKm


Lawatan ke bandaraya bersejarah.. Melaka

Wednesday, January 6, 2010

Salam...

Arido xde feel la nk buat bab 4... sebab ngah sakit hati nga sseorang... kalau boleh nak aje arido tenyeh2 mulut die yg xde insuran 2... tapi pe2 pun arido kene sabar.. sabar 2 kan separuh dari iman.

buat my frenz, kopibeng 2.. sori erk sebab kene tunggu untuk bab 4.. nanti klu dah siap, arido akan masukan.. thanks coz layan my blog..

ok lah.. time dh habis. nk p kelas dulu. bye!!!

Tuesday, January 5, 2010

Seindah Cintamu -3-

“Abang dah siap solat? Cepatlah turun. Ayah dengan Umi dah lama tunggu kat bawah tu.” Ada satu ketukan lembut di pintu.

“Dah. Kejap lagi abang turun.” Balas Irfan. Dia melipat sejadah yang digunakan sebentar tadi, kemudian terus keluar dari kamarnya.

“Mana Ira, mak?” tanya Irfan apabila tidak nampak kelibat adik perempuannya. Matanya melihat hidangan yang sudah terhidang di atas meja makan.

“Tengah cakap dalam telefon, kejap lagi dia datang la tu.” Balas Fauziah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada suami dan anaknnya.

“Lamanya Ira cakap dalam telefon…” Rungut Irfan.

“Ok.. Ok.. sorry lambat. Kawan telefon tanya pasal kerja sekolah tadi.” Ujar Syazira lalu menarik kerusi bersebelahan abangnya dan melabuhkan punggunnya.

“Ya ke ni? Takkan dengan kawan cakap lama-lama. Ni mesti cakap dengan boyfriends ini.” Usik Irfan sambil tersenyum ke arah adik perempuannya. Abdul Rahman dan Fauziah hanya tersenyum melihat telatah kedua-dua anaknya itu.

“Mana ada, abang! Abang ni saja tau nak tuduh Ira.” Bantah Syazira.

“Yalah tu. Umi cakap sekarang ni dah pandai melawa. Hmm… tak lama lagi dapat adik ipar lah abang.” Balas Irfan yang terus mengusik adik perempuannya itu.

“Betul ke anak umi ni dah ada boyfriends…”

“Mana ada umi! Umi dengan ayah jangan dengar cakap abang tu…” Syazira malu bila diusik begitu dihadapan umi dan ayahnya.

“Kau pulak bila lagi?” tanya Abdul Rahman kepada anak lelakinya itu.

“Bila apa, ayah?” Soal Irfan yang kehairanan dengan soalan yang diajukan oleh ayahnya.

“Nak berumahtanggalah. Umur dah nak masuk 30 tahun, tapi masih tak kahwin-kahwin lagi.” Balas Abdul Rahman.

Irfan terkedu dengan soalan yang diajukan oleh ayahnya. Dia tidak sangka usikan terhadap Syazira sebentar tadi terkena pada dirinya.

“Kenapa diam abang? Tadi bukan main lagi duk mengata dekat Ira.” Celah Syazira sambil tersenyum.

“Irfan tak sedia lagi lah ayah, umi. Lagipun banyak sangat kerja yang nak diuruskan di pejabat tu.” Balas Irfan perlahan.

“Tapi sampai bila? Kawan-kawan sebaya kau ramai yang dah berkeluarga. Irfan tak teringin ke nak ada isteri? Nak ada anak?” ujar Fauziah pula.

“Nanti dulu lah Umi… nanti kalau Irfan dah bersedia, Irfan akan kahwin juga.” balas Irfan lembut. Dia bukannya tidak mahu berkahwin, tapi dia masih belum jumpa perempuan yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“Yalah tu… entah-entah abang ni tak laku. Nasib baik jadi lelaki, kalau jadi perempuan dah lama jadi ANDARTU…” usik Syazira yang tidak melepaskan peluang untuk mengusik abangnya.

“Amboi! Tak sayang mulut betul adik abang ni. Muka abang yang hensem dan macho ni dikatanya tak laku…”

“Perasannya! Muka mamat yang jual roti canai dekat depan simpang tu lagi hensem dari abang tau.” Balas Syazira sambil tersenyum.

“Ooo… jadi, mamat yang jual roti canai tu lah bakal adik ipar abang nanti… Patutlah setiap hari sabtu, suruh abang pergi beli roti canai kedai dia. Rupa-rupanya nak jumpa buah hati dia. ”

“Ish abang ni. Mengarut tau. Ingat muka adik abang ni teruk sangat ke? Sampai sanggup pilih mamat tu?”

“La… tadi Ira juga yang puji dia lebih-lebih. Lepas tu tak nak mengaku pulak.”

“Orang bergurau je lah…”

“Ooo… jadi abang ni, hensem juga lah?” balas Irfan sambil tersenyum puas. Disamping dapat mengusik adiknya, dia juga dapat menukar topik perbualannya sebentar tadi. Dia berharap agar ayah dan uminya tidak akan mengulangi soalan itu lagi.

“Dah… dah.. la tu. Dari tadi lagi asyik duduk bersembang. Tak elok bersembang depan rezeki.” Ujar Abdul Rahman lalu menadah tangan membaca doa makan dengan penuh khusuk dan tawaduk. Dia bersyukur dengan segala nikmat yang dimilikinya selama ini.

************************************************************************

Damia dan Amalia sedang leka menonton rancangan kegemaran mereka. Damia mengalih pandangan dari kaca televisyen apabila handphonenya berbunyi.

“Assalamualaikum, sayang buat apa tu?”

Damia tersentak apabila mendengar suara Azlan di hujung talian. Hilang sudah rasa marah terhadap perubahan sikap Azlan apabila mendengar suara lembut lelaki itu. Suara itulah yang sentiasa dirinduinya.

“Waalaikumussalam, tonton televisyen. Abang, sihat?” begitu riang suara Damia setelah agak lama tidak mendengar suara buah hatinya itu.

“Abang sihat aja. Sayang dah makan? Abang minta maaf sebab dah lama tak hubungi sayang. Abang sibuk sekarang ni. Bila abang senang nanti kita jumpa, ya. Dah tak sabar nak jumpa sayang. Rindu sangat!”

“Kalau rindu, kenapa tak datang jumpa Mia?”

“Abang bukan tak nak jumpa Mia, cuma abang sibuk sangat buat masa ni. Abang tahu abang dah lama tak hubungi sayang, abang betul-betul minta maaf. Abang janji, selesai aje kerja abang tu, abang datang jumpa sayang.”

“Kalau sibuk pun, takkan tak ada masa langsung nak hubungi Mia? Atau abang sengaja nak jauhkan diri abang dari Mia?” soal Damia.

“Kenapa cakap macam tu? Abang tahu, sayang marah dekat abang sebab dah lama tak hubungi sayang. Abang bukan sengaja tak nak hubungi sayang, cuma abang betul-betul sibuk. Sudah lah… sayang jangan fikir yang bukan-bukan, hanya sayang dalam hati abang.”

“Betul ni?”

“Mestilah betul. Hati ini hanya milik Damia Alisya je.”

“Yelah tu…” balas Damia manja. Dia cuba mengusir perasaan curiganya. Dia yakin dengan pengakuan Azlan itu.

“Hmm… macam tu lah.Dah lama tak dengar suara manja sayang tu. Suara tu lah yang selalu abang rindu.” Balas Azlan lembut. Damia hanya tersenyum riang mendengar kata-kata Azlan itu. “Ok lah, abang nak tidur dulu. Nanti kalau semua kerja abang dah selesai kita jumpa. Sayang jangan tidur lambat sangat tau! I miss you and love you so much. Take care. Sweet dreams. Bye, sayang. Assalamualaikum.”

“Ok. I miss you and love you too. Waalaikumussalam. Bye.” Damia mengenggam erat handphonenya. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan lelaki itu.

“Hai, jauh mengelamun! Maklumlah orang baru lepas rindu.” Gurau Amalia apabila melihat Damia sedang mengelamun jauh.

Damia hanya tersenyum mendengar usikan sahabatnya itu. Dia meletakkan kembali handphone nokia N75 itu di tempat tadi dan pandangannya tertumpu semula pada kaca televisyen.

“Esok kau ada kelas petang tak?” tanya Amalia. sambil menepuk lembut peha sahabatnya itu.

Ada. Kenapa?

“Aku nak mintak kau tolong ambik aku dekat tempat kerja esok sebab kereta aku masuk bengkel la tadi. Zali pulak kena pergi JB esok. Tak mengapalah, kalau kau ada kelas. Aku balik naik teksi ajelah nanti menyusahkan kau pulak. ”

“Tak apa. Lagipun aku habis kelas pukul 4 esok, nanti aku terus pergi dekat tempat kau kerja.

“Kalau macam tu, ok lah.Terima kasih, Mia. Kau memang seorang sahabat yang baik.”

“Aik! Takkan terima kasih aje… kalau dapat minum milo panas pun ok juga.” ujar Damia sambil tersenyum.

“Kau ni, kalau minta tolong sikit mesti minta upah. Macam tak ikhlas aje nak tolong aku.”

“Bukan tak ikhlas, tapi kita kena pandai merebut peluang yang ada. Lagipun kalau kau buat air memang tak ada siapa yang dapat lawan tau. Sedapnya lain macam aje…”

“Yalah tu. Nak suruh aku buatkan air untuk dia la tu, kalau tak jangan haraplah nak dengar kau puji aku. Macamlah aku baru kenal kau tu.”

“Tak baik tau. Aku ikhlas puji kau tu, kau pulak kata aku main-main. Oh! Sedihnya hatiku mendengar kata-katamu itu, wahai sahabatku.”

“Banyaklah kau punya sedih…” Amalia menyiku bahu Damia, lalu bangun menuju ke dapur meninggalkan Damia dengan ketawa yang masih bersisa.

Seindah Cintamu -2-

Damia meletakkan bag dan buku-buku yang dibawanya dari bilik darjah tadi ke atas meja. Dia agak penat pada hari ini. Dari pukul 8.00 pagi dia mempunyai kelas sehingga tamatnya waktu sekolah. Damia menarik nafas perlahan dan bersandar dikerusi. Ruang bilik guru sudah sunyi, Cuma tinggal dia dan beberapa orang guru sahaja lagi yang masih berada di bilik guru tersebut. Baru seminit dua dia duduk, kelihatan beberapa orang pelajar perempuan menghampiri mejanya.

“Assalamualaikum cikgu,” salah seorang dari pelajar tersebut menyapanya.

“Waalaikumussalam.” Balas Damia sambil merenung ke arah pelajar-pelajar tersebut. Walaupun riak wajahnya sudah mempamerkan keletihan namun sebagai seorang pendidik, dia tidak boleh menolak kehadiran para pelajarnya begitu sahaja.

“Maaf kerana menganggu cikgu, kami cuma nak tanya pasal bab yang cikgu ajarkan tadi. Kami kurang faham dengan tajuk tersebut.” Ujar pelajar tersebut, apabila melihat wajah cikgunya yang kepenatan.

“Tak mengapa. Apa yang boleh cikgu bantu?” tanya Damia lembut sambil merenung ke arah wajah ketiga-tiga pelajarnya itu.

“Kami kurang faham macam mana nak dapatkan nilai pendapatan Negara menggunakan kaedah keluaran.”

“Sebelum kamu membuat kiraan, kamu harus tahu apa yang dimaksudkan dengan keluaran Negara. Seperti yang cikgu cakap dalam kelas tadi, keluaran Negara merujuk kepada semua keluaran yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor ekonomi di sesebuah Negara seperti sektor pertanian, perlombongan, perindustarian dan lain-lain sektor dalam tempoh 1 tahun. Nilai yang dikira mestilah nilai barang-barang akhir.

“Untuk mendapatkan keluaran dalam Negara kasar (KDNK) pada harga pasaran, kamu harus menambah keluaran dari semua sektor. Kemudian KDNK pada harga pasaran tersebut perlu ditambah dengan penerimaan faktor dari luar negeri dan menolak nilai pembayaan faktor ke luar negeri untuk mendapatkan keluaran dalam Negara kasar (KNK) pada harga pasaran.

“Setakat ini, kamu faham tak dengan apa yang cikgu terangkan ni?” tanya Damia. dia merenung seorang demi seorang pelajarnya yang kelihatan masih kebingungan.

“Ooo.. jadi cara mengira pendapatan Negara melalui kaedah keluaran sama ajalah dengan menggunakan kaedah pembelanjaan.” Ujar salah seorang daripada mereka, apabila mula memahami dengan penerangan yang diberikan oleh gurunya sebentar tadi.

“Ya… carannya sama saja. Apabila kita dah dapat KNK pada harga pasaran, kita hanya perlu menolak cukai tak langsung dan menambah subsidi untuk mendapatkan KNK pada kos faktor. Jumlah tersebut akan ditolak dengan susut nilai untuk mendapatkan jumlah pendapatan Negara yang bersih.” Ujar Damia lagi setelah melihat pelajarnya sudah memahami dengan penerangan yang diberi.

“Macam mana pula kalau kita nak tukarkan KNK pada harga kos faktor kepada KNK pada harga pasaran, cikgu?” tanya salah seorang daripada mereka.

“Bagi menukarkan kos faktor kepada harga pasaran, kaedahnya sama macam tadi juga. Cuma kamu perlu menolak subsidi dan menambahkan cukai tak langsung.”

“Hmm… barulah kami faham cikgu. Terima kasih cikgu.” Balas gadis itu lagi.

“Sama-sama. Kamu semua kena rajin berusaha. Lagipun peperiksaan akhir kamu sudah tidak lama. Saya berharap sangat kamu semua mampu mencapai keputusan yang cemerlang.”

“InsyALLAH, cikgu.” Balas mereka serentak.

Damia merenung wajah ketiga-tiga pelajarnya itu. Tidak lama kemudian mereka bertiga meminta diri. Damia hanya memandang pelajar tersebut dengan satu harapan, iaitu supaya mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam keputusan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) yang akan menjelang tidak lama lagi. Damia melihat jam di tanggannya. Sudah hampir pukul 3.30 petang. Dia mencapai beg dan buku-buku yang perlu dibawa balik lalu melangkah keluar ke tempat letak kereta.

Kereta proton wira yang dipandu Damia tidak lama kemudian berhenti di tempat letak kereta di hadapan sebuah pusat membeli belah. Dia mengaturkan langkah kakinya ke dalam pasaraya Giant untuk membeli barang-barang dapur yang sudah kehabisan.

Setelah selesai membeli-belah di dalam pasaraya Giant tersebut, Damia menapak pula ke kedai buku yang terletak berhampiran dengan pasaraya tersebut. Matanya mula melilau ke arah rak-rak yang dipenuhi dengan novel. Dia bercadang untuk membeli novel Terima Kasih kekasih hasil karya Norhayati Iberahim. Tanggannya menari-nari di setiap penjuru novel yang terdapat di rak tersebut. Setelah agak lama meneliti setiap novel yang ada di situ, matannya tertumpu pada sebuah novel yang berwarna merah hati. Hatinya merasa sangat riang kerana akhirnya dia dapat juga memiliki novel tersebut.

Namun belum sempat dia mencapai novel yang berwarna merah hati itu, dia melihat ada tangan yang sudah menyambar novel tersebut.

“Maaf encik, sebenarnya saya yang jumpa novel tu dulu.” Ujar Damia sambil merenung wajah pemuda yang telah merampas novel yang ingin dimilikinya itu.

“Tapi saya yang ambil dulu. Jadi buku ni milik saya.” Balas pemuda itu pula. Dia merenung ke arah Damia.

“Tapi saya dah lama cari novel ni, encik beli ajalah novel lain…” rayu Damia. Sudah lama dia cari buku tersebut.

“Itu bukan urusan saya, itu urusan awak. Apa yang saya tahu buku ni milik saya, sebab saya yang ambik dulu.” Balas pemuda itu sambil membawa pergi novel tersebut.

Damia hanya memandang dengan perasaan yang berbaur. Dia merapati seorang jurujual yang sedang menyusun buku-buku ke dalam rak.

“Kak.. novel terima kasih kekasih ada lagi tak? Tanya Damia. dia berharap sangat dapat memiliki novel tersebut.

“Dah habis lah adik. Novel tu tengah laris sekarang ni.”

“Ermm… tak mengapalah kak. Mungkin bukan rezeki saya hari ni untuk dapatkan novel tu.” Damia bersuara hampa. Kalau tidak kerana pemuda tadi, novel tersebut mungkin sudah menjadi miliknya.

Damia melangkah keluar dari kedai tersebut. Niatnya untuk mencari novel tersebut di kedai buku yang lain terpaksa dibatalkan apabila jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Lalu dia terus mengantur langkah ke arah tempat letak kereta.

“Kenapa dengan muka kau tu? Muncung aja dari tadi.” Tegur Amalia apabila melihat muka keruh Damia setelah gadis itu melabuhkan punggunya di atas kerusi sofa.

“Tak ada apa-apalah.. Dah lama kau balik?”

“Aku baru aja sampai. Lewat kau balik, kau ada kelas tambahan ke hari ni?”

“Tak ada. Cuma aku singgah dekat Giant kejap tadi, cari barang dapur sikit.” Ujar Damia.

“Kenapa dengan kau ni, Lain macam aja aku tengok hari ni?” Amalia hairan melihat sikap sahabatnya itu.

“Tak ada apa-apa. Aku cuma tak puas hati dengan mamat tadi tu. Aku yang jumpa novel tu dulu, tapi dia senang-senang aje main ambik. Lepas tu aku cakaplah yang aku yang jumpa novel tu dulu, lagipun dah lama aku cari novel tu. Kau tahu apa dia cakap kat aku, Itu bukan urusan saya, itu urusan awak. Apa yang saya tahu buku ni milik saya, sebab saya yang ambik dulu,” ujar Damia sambil meniru percakapan pemuda tersebut. “Aku ingat lelaki yang minat novel macam dia tu bersifat gentlemen, boleh bertolak ansur… tapi rupa-rupanya bukan main sombong lagi.”

“Patutlah muka kau muncung semacam aja tadi. Aku ingat siapalah yang cium mulut kawan aku tadi, sampai muncung macam tu sekali. Rupa-rupanya kes berebut novel aja.” Ujar Amalia sambil tersenyum.

“Kau pun tahu kan, aku dah lama cari novel tu. Tapi bila dah jumpa, dia pulak yang senang-senang ambik novel tu… Benci betul aku dengan lelaki yang sombong macam tu.”

“Tak elok benci kat orang macam tu. Nanti perasaan benci tu bertukar menjadi sayang, macam mana?” usik Amalia.

“Aku nak sayang dekat lelaki yang sombong macam dia tu? Hmm… kirim salam ajelah. Orang sombong macam dia tu, bagi free pun belum tentu ada orang yang nak tau. Dah lah, aku nak masuk mandi dulu. Kalau layan kau, sampai ke malam tak habis isu ni.”

Damia meninggalkan Amalia dengan ketawanya yang masih bersisa.

Seindah Cintamu -1-

Irfan mengelap peluh yang sudah membasahi pipinya. Dia memerhati ke tengah padang. Kelihatan kanak-kanak berlari ditemani ayah dan ibu mereka. Sesekali dia mendengar gelak tawa mereka.

“Kau dekat sini rupanya, puas aku telefon handset kau. Tapi tak berangkat pun. Bila aku telefon dekat rumah kau, umi kau cakap kau keluar joging.” Zali melabuhkan punggunya pada bangku bersebelahan Irfan.

“Hmm… tak tahu nak buat apa dekat rumah, tu yang aku datang berjoging dekat sini. Lagipun dah lama aku tak bersenam. Sekali sekala joging ni, semput la juga rasanya,” balas Irfan sambil tersenyum ke arah sahabatnya itu. “ kau pulak dari mana ni? Bukan main segak lagi aku tengok.” Soal Irfan lagi.

“Aku baru lepas date dengan Amalia.” balas Zali sambil tersenyum.

“Patut lah segak semacam aje. Habis tu, apasal kau datang cari aku dekat sini ?, ke nak sambung date dengan aku pulak ni ? aku xde hal... hikhikhik. Anytime anywere .” Usik Irfan sambil menepuk lembut bahu sahabatnya itu.

“Mengarut lah kau ni... geli aku dengar. Daripada aku date dengan kau yang keras macam kayu ni, baik aku usha awek kat depan sana 2”. Balas Zali sambil menjuihkan mulutnya ke arah gadis yang berada tidak jauh dari bangku mereka duduk. Ifran turut memandang ke arah gadis tersebut.

“Habis tu kenapa kau datang cari aku dekat sini?” tanya Irfan buat kali yang ke dua. Dia memandang ke arah Zali. Menunggu jawapan dari sahabatnya itu.

“Kau tau tak, hari ini hari yang paling bahagia pada aku. Tu sebab aku datang cari kau. Kau kan sahabat yang paling rapat dengan aku. Aku nak berkongsi kegembiraan dengan kau”. Balas Zali sambil tersenyum.

“Kenapa, kau menang loteri ke?”

“Ish kau ni... ada pulak ke situ. Sebenarnya, tadi aku bawa Amalia jumpa keluarga aku. Kau pun tahu kan latar belakang Amalia macam mana. Aku takut mak dan ayah aku tak terima dia. Tapi bila aku tengok layanan mak terhadap Amalia tadi, aku yakin mak aku boleh terima Amalia.” jelas Zali lagi. Wajahnya jelas terpancar cahaya kegembiraan.

“La... tu aje. Aku ingat apa la yang buat kau gembira sangat tadi.” balas Irfan acuh tak acuh.

“Kau tak faham perasaan aku. Pada aku, tiada perkara yang mengembirakan selain daripada penerimaan keluarga aku terhadap diri Amalia. Kau akan faham perasaan aku apabila kau dah jumpa dengan gadis pujaan kau nanti. Dah lah... menyesal aku cerita dengan kau. Aku ingat kau akan tumpang gembira.” Zali bangkit dari bangku, tetapi tangganya disambar lembut oleh Ifran.

“Rileks la bro... aku bergurau aje tadi. Mentang-mentang lah dah bercinta, dah pandai merajuk pulak. Hebat juga si Amalia tu, kerana berjaya ubah kawan aku yang rock ni jadi mamat jiwang.” usik Irfan sambil melihat Zali yang kembali melabuhkan punggungnya. “Jadi bila aku dapat makan nasi minyak kau?”.

“Insyallah… Kalau tidak ada ara melintang, hujung tahun ni kami akan berkahwin.”

“Mak oii... cepatnya... biar betul kau ni? Kenapa dah anggau sangat ke? Kalau ya pun, bertunanglah dulu. Lepas tu baru lah fikir sal kahwin.” Irfan hanya melihat Zali menguntum senyum. “Lepas ni terpaksa la aku lepak sorang-sorang.”

“Kenapa pulak?” soal Zali.

“Boleh pulak tanya kenapa. Kalau dah kahwin, alamatnya kau berkepit 24 jam lah dengan bini kau tu. Jadi terpaksa lah aku lepak sorang-sorang lepas ni”.

“Kalau macam tu, kau pun cari lah seorang teman yang boleh sediakan makan minum kau. Nanti kau tak lah kesunyian.” usik Zali. Dia memandang ke arah Irfan dan menunggu bicara dari sahabatnya itu.

“Kenapa kau senyap? Salah ke apa aku cakap tadi?” soal Zali apabila melihat Irfan yang masih leka memerhatikan kanak-kanak yang bermain di tengah-tengah padang itu. Irfan berpaling ke arah zali yang berada disebelahnya. Wajah sahabatnya itu kelihatan riang sejak dilamun cinta. Dia melepaskan keluhan kecil.

“Jodoh tak adalah Zali.” Irfan bersuara perlahan. Sekali lagi pandangannya dibuang jauh ke hujung padang.

“Bukan jodoh tak ada, tapi kau tu yang memilih sangat. Aku tengok bukan tak ada perempuan yang nak mendekati kau, Cuma kau tu aja yang jual mahal.” Balas Zali.

“Aku bukan memilih, cuma aku belum jumpa lagi dengan perempuan yang sesuai. Aku tak nak sejarah aku dengan Suliana itu berulang lagi.”

“Aku tahu kau pernah kecewa dengan perempuan, tapi tak semua perempuan macam tu.” Zali tahu sahabatnya itu masih kecewa dengan apa yang berlaku diantara dia dan Suliana.

“Entahlah Zali… Aku dah malas nak fikir soal perempuan lagi. Kalau boleh aku nak tumpukan pada syarikat aku aja dulu.” Balas Irfan sambil berjalan ke arah keretanya. “Ok lah… aku balik dulu. Kita jumpa di pejabat esok.” Irfan menutup pintu keretannya dan berlalu pergi.

Damia meletakkan buku-buku yang baru dibelinya di atas meja. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa.

“Kau dari mana?” tanya Amalia sambil meletatkan cawan minumannya di atas meja. Dia mencapai remote control yang terletak di atas meja kecil disisinya itu. Pantas menekan rangkaian demi rangkaian. Namun tidak ada satu pun yang berjaya menarik minatnya.

“Aku ke bandar tadi, tolong belikan buku latihan untuk pelajar-pelajar aku,” balas Damia perlahan. Dia menanggalkan tudung dan membiarkan rambutnya yang ikal itu ditiup angin kipas. “ Oh ya, macam mana perasaan kau masa jumpa dengan bakal mak mertua tadi?” tanya Damia sambil merenung Amalia yang tersenyum ke arahnya.

“Takutlah juga… kau pun tahu kan latar belakang aku macam mana. Aku takut mak dan ayah dia tidak dapat terima orang macam kita ni.” Balas Amalia yang dengan hati sayu. “Tapi selepas jumpa dengan keluarga dia tadi, alhamdulillah mereka dapat terima aku. Mak Zali juga dah tetapkan tarikh. Katanya dia nak aku dan Zali disatukan pada hujung tahun ni”. Balas Amalia sambil tersenyum.

“Amboi! Patut lah... aku tengok bukan main seronok lagi. Tengok tu, senyuman kau pun dah nampak lain macam aja hari ni. Maklumlah tak lama lagi kan orang tu dah nak kahwin.” Damia mengusik sambil ketawa besar.

“Teruklah kau ni Mia. Mana ada. Aku senyum macam biasa aja. Kau tu yang pandai-pandai buat cerita.”

“Alah… tak nak mengaku lah tu. Tengok muka kau pun aku dah tahu.” Usik Damia lagi. “Bertuah la hidup Zali kerana jumpa dengan gadis macam kau ni, cantik.. pandai.. peramah... baik...”

“Hmm… tahu pun, tengok oranglah. Siapa yang tak kenal dengan Amalia Bt Nordin ni…” Amalia mengerakkan tubuhnya seperti gaya model memperagakan pakaian.

“Uuwek… perasannya kau ni! Orang puji sikit aja, dia dah lebih-lebih.” Damia menjelirkan lidahnya. Berderai ketawanya melihat telatah Amalia sebentar tadi.

“Teruklah kau ni Mia! Bukan nak puji aku betul-betul, tapi kutuk lagi adalah…” Amalia menjuihkan mulutnya ke arah Damia yang masih mentertawakannya.

“Kalau aku puji lebih-lebih, kau terover la pulak. Nantikan ada juga yang pergi kerja tak mandi pagi esok. Macam aku tak kenal kau tu, pantang dipuji.” Usik Damia lagi.

“Tengok tu. Jahatlah kau ni. Geram aku tau! Bukan nak ambik hati aku, makin nak tambahkan sakit hati aku adalah…” Peha Damia dicubit bertubi-tubi oleh Amalia.

Menjerit-jerit Damia kerana dikerjakan oleh temannya itu. Begitulah hubungan mereka sejak dari dahulu. Mereka sering usik mengusik, itu yang menyebabkan persahabatan mereka sentiasa dibungai dengan kemesraan dan kegembiraan.

“Kau dengan Azlan pulak macam mana? Tak keluar dating dengan buah hati ke hari ni?” Soal Amalia apabila tawanya mula reda

“Tak. Dah beberapa hari dia tak hubungi aku.” balas Damia perlahan. “ Entahlah… kadang-kadang aku rasa macam dia tu dah semakin jauh dengan aku sekarang ni. Tak macam dulu. Usahkan nak jumpa, nak jawab panggilan aku pun susah.” Rungut Damia. Dia pening kepala apabila memikirkan hubungannya dengan Azlan agak hambar sejak akhir-akhir ini. Azlan seolah-olah cuba menjauhkan diri darinya.

“Kau tak tanya ke, kenapa dia jadi macam tu? ” tanya Amalia.

“Dia kata, dia sibuk dalam masa beberapa bulan ni. Aku rasa, dia saja buat alasan macam tu. Orang lain pun sibuk juga dengan kerja, tapi tak pulak macam dia tu. Sampai tak ada masa langsung nak jumpa aku. Entah-entah dia dah ada orang lain…”

“Ish kau ni… jangan fikir macam tu. Mungkin dia betul-betul sibuk, tak elok kau berprasangka buruk dekat dia. Aku tak fikir Azlan buat macam tu kat kau.” Pujuk Amalia.

“Hmm… entahlah Lia. Aku pun dah buntu fikirkan soal ni.” Balas Damia lemah.

“Sudahlah… jangan difikirkan sangat hal tu. Mungkin dia betul-betul sibuk sekarang ni. Esok lusa dia call la tu. Kau jangan ikutkan hati sangat,…” Pujuk Amalia lagi.

“Betul juga kata kau tu, mungkin aku aja yang berfikiran macam tu.” Ujar Damia. “Ok lah, aku nak pergi mandi kejap. Lagipun hari dah nak masuk waktu maghrib ni.” Damia mengambil buku-buku yang terletak di atas meja kaca dihadapannya itu dan berlalu pergi meninggalkan Amalia yang masih diruang tamu.