Sunday, August 30, 2009

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Hmm... pejam celik, pejam celik dah 52 tahun kite bebas dari penjajah
tapi korang rasa kite memang dah bebas ke dari penjajahan???
arido rasa... kita semua masih lagi dijajah...
memang negara kite sudah bebas dari kuasa barat dan kuasa-kuasa asing...
tapi hati dan fikiran remaja-remaja kite diluar sana masih lagi dijajah...
mereka hanya melaungkan kalimat
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! je
tapi sedikit pun tidak menghayati dan mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-Nya...
arido petik kata-kata dari seorang ustaz yang bagi tazkirah kat kolej arido..
die kate
"kite jangan hanya melihat kemerdekaan itu, sebagai tanda negara kite bebas dari
kuasa-kuasa asing
tapi.. kite harus melihat dalam diri kite sendiri... sama ade kite ni masih dijajah atau x
memang penjajah dah lama tinggalkan negara kite... tapi pengaruhnye masih kuat dalam jiwa anak-anak muda pada hari ini."
fikir-fikirkan lah...

salam kemerdekaan.....

Rindu.................... arido rindu kat kg... aaaaa.. nk blk

arido rindu kat mak dengan ayah...
kalau kat kg, waktu2 mcm ni mesti arido sibuk tolong mak kat dapur
xpun... g bazar ramadhan dengan ayah..
nampaknye arido kene tahan je lah perasaan rindu ni..
kene tggu jg 17hb ni.
lambatnye mase berlalu....
semua ni lauk kegemaran arido waktu berbuka...
xsabar nak makan masakan mak.....

Friday, August 28, 2009

Dah beli tiket balik raye ke???

Arido harap korang sume dah beli...
nanti xpasal2 korang duk bertapa kat ukm ni pada raya nanti
baca tak paper hari ni?
kalau tak baca, jom baca sekarang
arido petik artikel ini dari berita harian petang tadi;

'Usah tunggu saat akhir beli tiket raya'

ORANG ramai membeli tiket bas untuk balik kampung sempena Aidilfitri di Hentian Bas Puduraya, semalam.

KUALA LUMPUR: Penumpang bas yang ingin mendapatkan tiket untuk pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Aidilfitri yang dijangkakan jatuh pada 20 September ini, diminta tidak menunggu sehingga saat akhir untuk berbuat demikian. Tinjauan Berita Minggu di kaunter Hentian Puduraya, mendapati keadaan di situ masih terkawal kerana tidak ramai pengguna perkhidmatan bas berada di sana bagi mendapatkan tiket pulang ke destinasi masing-masing terutama untuk perjalanan ke Utara dan Selatan, yang dijangkakan akan hanya meningkat menjelang beberapa hari sebelum Syawal. Penjual tiket Bas Ekspres Konsortium, Endang Mahsuri, berkata jumlah pembeli tiket ke destinasi Utara yang dijual syarikat itu masih belum mendapat sambutan memandangkan umat Islam baru saja mula berpuasa. "Biasanya pengguna lebih suka dapatkan tiket menjelang saat akhir. Kalau kita lihat, menjelang dua, tiga hari sambutan Aidilfitri, barulah semuanya berpusu-pusu membeli tiket. "Kami berharap pengguna boleh dapatkan tiket awal kerana kaunter dibuka bermula jam 7.15 pagi sehingga 12 tengah malam. Selalunya bila semua pengguna memilih membeli tiket pada saat akhir, keadaan tempat ini akan menjadi sesak. "Kadangkala keadaan ini juga boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha bas. Bayangkan, kerana terlalu ramai yang berbaris untuk membeli tiket bagi sambutan hari raya, jualan tiket untuk perjalanan biasa pada hari itu tidak dapat dilakukan," katanya yang turut memaklumkan keputusan menambah bas akan hanya dibuat menjelang beberapa hari sebelum Syawal. Sementara itu, kakitangan syarikat berkanun, Nor Azura Mokhtar, yang bakal pulang beraya di Kempas, Johor berkata beliau biasanya akan hanya melakukan pembelian tiket menjelang saat akhir. "Biasanya tiket untuk perjalanan ke Kempas ada sehingga saat akhir, sebab itu saya tidak khuatir walaupun masih belum membeli tiket hingga ke hari ini (semalam)," katanya. Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Kedah, Akmal Hakim Badarulhisham memberi alasan belum membeli tiket kerana masih tidak mengetahui tarikh beliau akan pulang untuk beraya kerana sedang sibuk dengan persiapan peperiksaan. Pelajar jurusan Sains itu berharap, beliau masih berpeluang mendapatkan tiket pada saat akhir bagi memastikannya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my


Gambar koya2 arido dengan kiki

Mesti korang pelik kan bile kiki dgn arido konvo???
hu... hu... hu....
gambar ni diambik semasa kite belajar linguistik forensik
kira cam diploma guaman lah
korang xde ke?
ish... ish.... kesiannye...
jangan marah erk!!!
koya... koya... je, sebenarnye 2 jubah sepupu arido
die minta tolong ata je...
tapi arido dgn kiki pe lagi... ambik peluang nak koya2 la
he...he...he...
arido xsabar nak tunggu tahun 2010
semoga menjadi kenangan manis bagi kite semua...
insyallah....

Thursday, August 27, 2009

Assalamualaikum.........

Pening!!! Pening!!!..
Sape yang dah baca nota makanan dan gaya hidup?
korang faham tak???
aku pening lah....
tawakal je lah....

Tuesday, August 25, 2009

salam semua...

arido minta maaf...
mungkin sudah agak lewat untuk arido ucapkan
selamat menunaikan ibadah puasa bagi semua umat Islam
semoga ibadah puasa yang kita lakukan kali ini...
lebih baik dari tahun-tahun lepas
insyAllah.....

Tuesday, August 18, 2009

Assalamualaikum...

tesis oooo....tesis
arido tension la.......... tadi cari bahan kat PTSL..
mula-mula 2 rasa happy r jg.. sebab jmpa nama penulis yang pernah kaji bahasa mendrik
iskander carey 1970..

bukan main semangat lagi arido g dekat PATMA
sebab masa arido akses nama buku 2 kat gemilang UKM

die kate journal 2 ade kt PATMA
bila sampai kat PATMA, semangat yang ada 80%

terus jatuh 1%.. sebab semua journal kat sana telah dikemas dan dikotakan
mungkin dalam tahun depan kot br boleh dirujuk semula...

Iskander carey????? federation museum journal???
tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....








Saturday, August 15, 2009

Assalamulaikum....

penatnye.....
kalau korang semua nak tahu, arido... baru je balik dari kem
kat putrajaya
ade program interaksi dengan budak junior suksis skuad 2 dan 3
penat sangat... xcukup tido
tapi ape yang penting... program 2 mmg best...
adik2 junior lak sume sporting2...
masa arido perkenalkan diri pada mereka..
tut..tutt dapat lah juga kenal dgn sorg budak junior dari program kita ni
dia asal sabah
ok la... nanti bila ada masa, arido akan upload gambar semasa program tu berjalan
bye2...

Thursday, August 6, 2009

Assalamualaikum....

kejapnya masa berlalu....
antara sedar atau tidak, minggu ni dah masuk minggu yang ke 5
tapi arido masih lagi tak pasti dengan tajuk tesis tu
tajuk pun tak tetap lagi.... jadi macam mana arido nak buat benda-benda lain
cam die punye permasalahan kajian.... objektif....
Ya Allah.............. kau bantu lah hambamu ini...
Aminnnn........................


Tuesday, August 4, 2009

Assalamualaikum.....

Hmm.... malam ni, arido nak kongsi cite sal orang asli kat korang semua...

maklumlah... arido kan nak kaji bahasa orang asli....

penah dengar tak sal 'orang mendriq'???

kalau kau orang nak tahu.... orang mendriq ni merupakan suku kaum orang asli dari bangsa negrito. orang mendriq ni tinggal kat Kuala Lah, Gua Musang...

nak tahu serba sedikit pasal orang-orang asli kat malaysia , baca lah maklumat kat bawah ni...

maklumat ni, arido ambik dari laman web jabatan hal ehwal orang asli....

selamat membaca....




Fakta Sejarah

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar. Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 141,230 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

[http://www.jheoa.gov.my/40]


Kaum Negrito

[http://www.jheoa.gov.my/39]
Kumpulan Kaum Orang Asli Negrito terdiri daripada kumpulan etnik Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Mereka mendiami kawasan di sekitar banjaran Titiwangsa yang berpusat kebanyakannya di sebelah utara Semenanjung.

Kensiu
Lokasi penempatan kumpulan etnik Kensiu cuma terdapat di Kampung Lubok Legong, Kedah. Mereka merupakan kumpulan kedua terkecil dari kalangan 18 kumpulan etnik Orang Asli. Satu ketika dulu, orang Kensiu suka berpindah randah untuk mencari bahan-bahan makanan. Kini mereka mengusahakan tanaman getah yang dubangunkan oleh pihak RISDA sebagai sumber ekonomi tetap mereka.


Kintak
Seperti juga Kensiu, Orang Kintak suka berpindah randah untuk mencari bahan makanan. Mereka mendiami kawasan pinggir daerah Gerik, Hulu Perak. Tumpuan serius yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap kalangan masyarakat Orang Asli, telah menyebabkan kumpulan etnik Kintak mengubah cara hidup mereka untuk menjadi setanding dan separa dengan rakan-rakan mereka yang lain. Kalangan mereka turut menyertai bidang-bidang pekerjaan yang dulunya dirasakan mustahil seperti perkhidmatan kolar putih dan biru.


Lanoh
Masyarakat Lanoh (Lano) dulunya turut dikenali sebagai Sabubn. Namun, kini perkataan Sabubn tidak digunakan lagi oleh sebab-sebab yang kurang jelas. Penempatan mereka bertaburan di sekitar utara negeri Perak terutama di daerah Lenggong. Mereka juga satu ketika dulu suka hidup berpindah randah. Dari sudut linguistik dan budaya, mereka lebih mirip kepada kumpulan etnik Kensiu dan Kintak. Umumnya mereka lebih banyak bertutur dalam dialek bahasa Temiar.

Jahai
Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.


Mendriq
Kumpulan etnik Mendriq menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah, jajahan Gua Musang, Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendriq lebih mirip kepada rupa paras orang Negrito lain di kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa. Mereka dikatakan sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendriq ialah Austraossiatik. Mereka tergolong sebagai penutur kumpulan etnik Mon-Khmer tetapi kini telah banyak menerima kemasukan kosa kata Melayu.


Bateq
Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling, Sungai Kechau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di Kelantan serta Sungai Berua, Besut, Terengganu adalah merupakan penempatan utama masyarakat Bateq. Jika dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi mutakhir ini mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak Kerajaan ke arah kesejahteraan kehidupan mereka.

Sunday, August 2, 2009

Assalamualaikum....

Macam mana nak buat permasalahan kajian erk???
pening la.... dah tak tahu nak tulis ape dalam permasalahan kajian tu
hari selasa dah nak kena tunjuk dekat Pn. Harishon
dah la... kosa ilmu tak jumpa lagi
alaaaa......................... tensionnya..................