Tuesday, January 5, 2010

Suara Hatiku...

Buat insan yg bakal memiliki diriku.....

Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH... Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...

Ya Allah
Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya insan ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

No comments: