Friday, August 28, 2009

Dah beli tiket balik raye ke???

Arido harap korang sume dah beli...
nanti xpasal2 korang duk bertapa kat ukm ni pada raya nanti
baca tak paper hari ni?
kalau tak baca, jom baca sekarang
arido petik artikel ini dari berita harian petang tadi;

'Usah tunggu saat akhir beli tiket raya'

ORANG ramai membeli tiket bas untuk balik kampung sempena Aidilfitri di Hentian Bas Puduraya, semalam.

KUALA LUMPUR: Penumpang bas yang ingin mendapatkan tiket untuk pulang ke destinasi masing-masing sempena sambutan Aidilfitri yang dijangkakan jatuh pada 20 September ini, diminta tidak menunggu sehingga saat akhir untuk berbuat demikian. Tinjauan Berita Minggu di kaunter Hentian Puduraya, mendapati keadaan di situ masih terkawal kerana tidak ramai pengguna perkhidmatan bas berada di sana bagi mendapatkan tiket pulang ke destinasi masing-masing terutama untuk perjalanan ke Utara dan Selatan, yang dijangkakan akan hanya meningkat menjelang beberapa hari sebelum Syawal. Penjual tiket Bas Ekspres Konsortium, Endang Mahsuri, berkata jumlah pembeli tiket ke destinasi Utara yang dijual syarikat itu masih belum mendapat sambutan memandangkan umat Islam baru saja mula berpuasa. "Biasanya pengguna lebih suka dapatkan tiket menjelang saat akhir. Kalau kita lihat, menjelang dua, tiga hari sambutan Aidilfitri, barulah semuanya berpusu-pusu membeli tiket. "Kami berharap pengguna boleh dapatkan tiket awal kerana kaunter dibuka bermula jam 7.15 pagi sehingga 12 tengah malam. Selalunya bila semua pengguna memilih membeli tiket pada saat akhir, keadaan tempat ini akan menjadi sesak. "Kadangkala keadaan ini juga boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha bas. Bayangkan, kerana terlalu ramai yang berbaris untuk membeli tiket bagi sambutan hari raya, jualan tiket untuk perjalanan biasa pada hari itu tidak dapat dilakukan," katanya yang turut memaklumkan keputusan menambah bas akan hanya dibuat menjelang beberapa hari sebelum Syawal. Sementara itu, kakitangan syarikat berkanun, Nor Azura Mokhtar, yang bakal pulang beraya di Kempas, Johor berkata beliau biasanya akan hanya melakukan pembelian tiket menjelang saat akhir. "Biasanya tiket untuk perjalanan ke Kempas ada sehingga saat akhir, sebab itu saya tidak khuatir walaupun masih belum membeli tiket hingga ke hari ini (semalam)," katanya. Seorang pelajar Kolej Matrikulasi Kedah, Akmal Hakim Badarulhisham memberi alasan belum membeli tiket kerana masih tidak mengetahui tarikh beliau akan pulang untuk beraya kerana sedang sibuk dengan persiapan peperiksaan. Pelajar jurusan Sains itu berharap, beliau masih berpeluang mendapatkan tiket pada saat akhir bagi memastikannya dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Oleh Siti Haliza Yusop
shyusop@bharian.com.my


No comments: