Tuesday, August 4, 2009

Assalamualaikum.....

Hmm.... malam ni, arido nak kongsi cite sal orang asli kat korang semua...

maklumlah... arido kan nak kaji bahasa orang asli....

penah dengar tak sal 'orang mendriq'???

kalau kau orang nak tahu.... orang mendriq ni merupakan suku kaum orang asli dari bangsa negrito. orang mendriq ni tinggal kat Kuala Lah, Gua Musang...

nak tahu serba sedikit pasal orang-orang asli kat malaysia , baca lah maklumat kat bawah ni...

maklumat ni, arido ambik dari laman web jabatan hal ehwal orang asli....

selamat membaca....




Fakta Sejarah

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar. Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 141,230 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

[http://www.jheoa.gov.my/40]


Kaum Negrito

[http://www.jheoa.gov.my/39]
Kumpulan Kaum Orang Asli Negrito terdiri daripada kumpulan etnik Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Mereka mendiami kawasan di sekitar banjaran Titiwangsa yang berpusat kebanyakannya di sebelah utara Semenanjung.

Kensiu
Lokasi penempatan kumpulan etnik Kensiu cuma terdapat di Kampung Lubok Legong, Kedah. Mereka merupakan kumpulan kedua terkecil dari kalangan 18 kumpulan etnik Orang Asli. Satu ketika dulu, orang Kensiu suka berpindah randah untuk mencari bahan-bahan makanan. Kini mereka mengusahakan tanaman getah yang dubangunkan oleh pihak RISDA sebagai sumber ekonomi tetap mereka.


Kintak
Seperti juga Kensiu, Orang Kintak suka berpindah randah untuk mencari bahan makanan. Mereka mendiami kawasan pinggir daerah Gerik, Hulu Perak. Tumpuan serius yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap kalangan masyarakat Orang Asli, telah menyebabkan kumpulan etnik Kintak mengubah cara hidup mereka untuk menjadi setanding dan separa dengan rakan-rakan mereka yang lain. Kalangan mereka turut menyertai bidang-bidang pekerjaan yang dulunya dirasakan mustahil seperti perkhidmatan kolar putih dan biru.


Lanoh
Masyarakat Lanoh (Lano) dulunya turut dikenali sebagai Sabubn. Namun, kini perkataan Sabubn tidak digunakan lagi oleh sebab-sebab yang kurang jelas. Penempatan mereka bertaburan di sekitar utara negeri Perak terutama di daerah Lenggong. Mereka juga satu ketika dulu suka hidup berpindah randah. Dari sudut linguistik dan budaya, mereka lebih mirip kepada kumpulan etnik Kensiu dan Kintak. Umumnya mereka lebih banyak bertutur dalam dialek bahasa Temiar.

Jahai
Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.


Mendriq
Kumpulan etnik Mendriq menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah, jajahan Gua Musang, Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendriq lebih mirip kepada rupa paras orang Negrito lain di kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa. Mereka dikatakan sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendriq ialah Austraossiatik. Mereka tergolong sebagai penutur kumpulan etnik Mon-Khmer tetapi kini telah banyak menerima kemasukan kosa kata Melayu.


Bateq
Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling, Sungai Kechau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di Kelantan serta Sungai Berua, Besut, Terengganu adalah merupakan penempatan utama masyarakat Bateq. Jika dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi mutakhir ini mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak Kerajaan ke arah kesejahteraan kehidupan mereka.

No comments: