Tuesday, January 12, 2010

Seindah cinta mu -5-

Damia hanya memerhati langkah Suhaila sehinggalah susuk tubuh wanita itu hilang dibalik dinding. Dia mencapai begnya lalu tanggannya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Hello! Lia.. kau dah habis kerja ke?” ujar Damia apabila sudah ada pemanggil di hujung talian.

“Belum lagi la... aku ada kat rumah custemor ni kat Pasir Puteh. Maybe, malam ni baru aku balik. Kenapa kau dah sampai kat ofis aku ke? Sorry la.. aku tak sempat nak bagi tau kau tadi.” Balas Amalia dengan rasa bersalah.

“Tak apa lah kalau macam tu.. lagipun aku ada hal sikit. Habis malam ni kau balik dengan apa?”

“Kawan sepejabat aku yang hantarkan. Eh! Apa sal aku dengar suara kau lain macam je ni? Kau sakit ke?” soal Amalia apabila mendengar perubahan suara sahabat baiknya itu.

“Aku ok je... aku cuma nak tahu kau dah keluar pejabat atau belum aje tadi.” balas Damia cuba menyembunyikan perasaannya.

“Are you sure, Mia? Aku kawan kau la.. aku tahu ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku.. please Mia tell me...!!!”

Damia hanya mampu berdiam diri. Dia cuba mengawal perasaannya. Dia tidak mahu Amalia mengesyaki apa-apa.

“Mia!!! Kenapa ni? Kenapa diam? Kau ok tak ni?” soal Amalia lagi.

“Aku ok. Kau jangan risau lah.. ok lah, aku pergi dulu. Nanti jumpa kat rumah. Bye!” lalu talian dimatikan

Damia menekan punat off pada handsetnya kemudian dia meletakkan kembali handsetnya itu ke dalam beg . Damia melangkah keluar dari restoran tersebut dan mendapatkan kereta wiranya.

************************************************************************

Setelah hampir setengah jam memandu, akhirnya dia tiba jua ditempat yang ingin dituju. Dia melangkah keluar dari perut kereta lalu melangkah kakinya ke arah surau yang terletak tidak jauh dari kawasan parking itu. Dia segera menunaikan solat Asar, memandangkan waktu sudah merangkak senja. Usai mengerjakan solat asar, dia tidak terus keluar, malah mencapai surah yassin yang tersusun di atas rak. Lalu dengan penuh khusyuk dia mengalunkan kalimah Allah itu. Dia mula meninggalkan surau itu, setelah siap mengerjakan solat magrib.

Lama dia berjalan menyusuri pantai. Deruan angin dan alunan ombak menjadi irama yang cukup mendamaikan hatinya. Buat beberapa ketika, mindanya mula berhenti dari memikirkan tentang peristiwa tadi apabila dia terlalu asyik memuji keindahan ciptaan Ilahi.

Walaupun malam sudah melangkah tiba, namun masih ramai yang mengunjungi tempat itu. Sambil berjalan Damia membuang pandangannya ke setiap penjuru pantai, kemudian pandangannya mula jatuh pada sekumpulan remaja yang sedang enak bergelak ketawa. Alangkah indahnya kalau aku juga boleh ketawa seperti mereka, desis hati kecil Damia.

Kemudian sorontan matanya dilemparkan ke arah gerai-gerai yang ada di sepanjang pantai Irama itu. Namun Damia tidak tertarik untuk menjamu selera di sana. Seleranya hilang sejak peristiwa petang tadi.

Tiba-tiba peristiwa tadi kembali bermaharaja dibenaknya. Bayangan Azlan dan Suhaila datang silih berganti. Air jernih yang cuba ditahannya petang tadi, akhirnya mengalir lesu di pipi. Lama dia membiarkan air jernih itu keluar dari kelompak matanya. Sesungguhnya dia terasa amat sakit dikala ini dan air jernih itu seolah-olah sedang memujuk hatinya agar rasa sakit itu berkurangan. Namun si air mata, tidak mampu untuk merawat sang hati yang kesakitan itu. Rasa sakit itu terus-terusan mencucuk tangkai hatinya.

Sudah hampir 3 bulan dia mengenali lelaki itu, namun baru hari ini dia mengetahui kebenaran yang sebenar. Kebenaran yang bejaya merobek hatinya dan memusnahkan segala impiannya. Kenapa mesti aku dipertemukan dengan dia, kalau kebenarannya dia tidak mungkin menjadi milik aku? Kenapa kebenaran itu harus terbongkar sekarang bukannya 3 bulan yang lalu? Kenapa kau seksa kau Azlan? Kenapa mesti kau tipu aku?. Pelbagai persoalan mula menerjah mindanya.

“Apa yang kau cari dalam hidup kau, Mia? Bukankah kau selalu dambakan cinta sejati dari seorang lelaki? Dan kau sendiri tahu yang Azlan kahwin dengan Suhaila kerana terpaksa. Kau juga tahu yang Azlan sayangkan kau, jadi kenapa perlu kau sakitkan hati kau? Kenapa kau nak sangat jaga hati isteri dia? Habis hati kau siapa nak jaga?” ujar satu suara yang lahir dari hati kecilnya.

“Aku tak sanggup nak lukakan hati isteri dia. Aku juga seorang perempuan, aku faham perasaan dia dan aku takkan sesekali melukakan hati orang lain demi mencapai kebahagiaan aku.” balas Damia cuba melawan suara hatinya itu.

“Kau penakut, Mia... Kau penakut... Kalau betul kau sayangkan Azlan, kau harus merebutnya dari Suhaila. Azlan milik kau. Kau tak boleh mengalah macam ni.” ujar suara itu lagi

“Dah... Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Pergi kau dari sini.. pergi...” ucap Damia kuat sambil menutup telinganya. Dia tidak mahu suara itu terusan mengganggunya.

“Hai Awak! Kenapa ni?” tegur seorang lelaki yang agak serabai pakaiannya

“Er.. tak ada apa-apa” balas Damia teragak-agak sambil mejatuhkan tangannya. Dia tidak sangka monolognya sebentar tadi didengari oleh dua orang lelaki itu.

“Awak ada masalah ke? Kalau tak keberatan, biar kami berdua temankan awak. Mana tahu, awak boleh lupakan masalah awak tu.” ujar rakannya pula sambil tersenyum seribu makna.

“Tak ape.. saya tak ada apa-apa. Terima kasih aja.” Damia bersuara gugup. Dia mula diburu rasa takut apabila melihat senyuman nakal dua lelaki itu.

“Alah... awak ni. Jangan lah sombong sangat. Kami hanya nak temankan awak aja.. bukan nak buat apa-apa pun.” balas lelaki pertama sambil menarik lembut tangan Damia

Terkejut Damia dengan tindakan lelaki itu. Dengan kasar, Damia meretap tangan lelaki itu, dia melangkah menjauhi lelaki tersebut.

“Rilek la... tak kan sentuh tangan sikit pun tak boleh...” ujar lelaki itu sambil tersenyum lalu mengenggam kemas lengan Damia.

“Eh! Apa ni.. kalau kau orang nak duit, aku boleh bagi.. tapi tolong jangan apa-apakan aku.” pinta Damia. Dalam hati, dia tidak henti-henti berdoa supaya lelaki itu tidak mengapa-apakan dirinya.

Tiada jawapan yang keluar dari mulut kedua-dua lelaki itu, yang kedengaran hanyalah hilai tawa mereka.

“Woi! Apa korang buat ni hah?” jerit satu suara memecah hilai tawa kedua-dua lelaki itu tadi. Semua orang berpaling ke arah suara itu.

“Alah.. kecoh la mamat ni.. kau bising-bising kenapa ? aku tak kacau awek kau pun ? jadi jangan masuk campur. ” ujar lelaki yang berpakain serabai itu. Lengan Damia masih dicengkam kemas.

“A’aa.. la bro.. kecoh ar lu ni. Jangan masuk campur hal kita orang boleh tak ? ” ucap kawannya pula.

“Aku bukan nak masuk campur hal korang... tapi dah nampak sangat budak ni, tak suka korang kacau dia.. jadi tunggu pe lagi. Blah la... ” balas pemuda yang itu tegas.

“Hek eleh ! mamat ni nak tunjuk hero pulak. Tapi ok juga tu, tangan aku ni pun dah lama tak belasah orang. Macam dah gatal sangat ni, kau pegang budak perempuan ni Din, biar gua ajar mamat ni.”

Lelaki itu masuk menyerang dengan menghayungkan penumbuknya ke arah pemuda itu, namun setiap hayunan penumbuknya itu, berjaya ditepis. Tangan kiri pemuda itu kemas menggengam kolar baju lelaki yang berada dihadapannya. Tangan kanannya menumbuk lelaki itu beberapa kali. Lelaki itu jatuh terpelanting ke tanah. Mukanya tersembam ke gigi air.

Kemudian dia berpaling ke arah lelaki yang masih mencengkam lengan gadis itu, namun belum sempat dia melepaskan tumbukan ke arah lelaki itu, kedua-dua lelaki tersebut bertepiaran lari meninggalkan tempat itu.

“Awak tak apa-apa ? ” soal pemuda itu sambil merenung gadis dihadapannya itu. Lama dia merenung gadis itu, rasanya dia pernah melihat wajah ini. Namun dia tidak tahu di mana dia melihatnya.

“Saya tak apa-apa. Terima kasih kerana selamatkan saya tadi.” Ucap Damia yang masih lagi terkejut dengan kejadian sebentar tadi.

“Awak datang dengan apa? Kereta ke?”

Damia sekadar memberikan anggukan kecil dengan senyuman kelat. Dalam hati masih terasa debarnya. Siapa sangka kalau pemuda itu juga mempunyai niat yang sama dengan dua orang lelaki tadi.

“Kalau macam tu.. biar saya temankan awak ke sana.” Balas pemuda itu bersahaja sambil berjalan ke arah parking kereta. Damia hanya menuruti langkah pemuda itu dari belakang.

Suasana menjadi sepi. Masing-masing berdiam diri. Setelah 10 minit berlalu, akhirnya Damia mampu menarik nafas lega kerana dia sudah berada di sebelah kereta wiranya.

“Thanks kerana hantar saya sampai ke sini.” Ujar Damia, ikhlas dari hatinya dan mengutum senyum ke arah pemuda itu.

“Is ok.. hal kecik aja tu. Lain kali, jangan berjalan seorang diri lagi. Bahaya. Awak tu perempuan!”

Damia hanya melemparkan sekuntum senyuman. Lalu dia membuka pintu keretannya. Setealh menghidupkan enjin kereta, Damia memberi hon pada pemuda itu, sambil mengangkat tangan kanannya. Kemudian kereta wiranya mula meninggalkan kawasan parking tersebut.

4 comments:

koppibeng said...

no komen. . . hu3

koppibeng said...

mna no 6?
xsiap ag ke?

Arido said...

loni bz ckit dgn asgmnt.. so xsempat nak berangan2 n tulis smbgn cite ni.. he3

koppibeng said...

ok2. .
xpe la,org tggu la. . hu3