Tuesday, January 5, 2010

Seindah Cintamu -2-

Damia meletakkan bag dan buku-buku yang dibawanya dari bilik darjah tadi ke atas meja. Dia agak penat pada hari ini. Dari pukul 8.00 pagi dia mempunyai kelas sehingga tamatnya waktu sekolah. Damia menarik nafas perlahan dan bersandar dikerusi. Ruang bilik guru sudah sunyi, Cuma tinggal dia dan beberapa orang guru sahaja lagi yang masih berada di bilik guru tersebut. Baru seminit dua dia duduk, kelihatan beberapa orang pelajar perempuan menghampiri mejanya.

“Assalamualaikum cikgu,” salah seorang dari pelajar tersebut menyapanya.

“Waalaikumussalam.” Balas Damia sambil merenung ke arah pelajar-pelajar tersebut. Walaupun riak wajahnya sudah mempamerkan keletihan namun sebagai seorang pendidik, dia tidak boleh menolak kehadiran para pelajarnya begitu sahaja.

“Maaf kerana menganggu cikgu, kami cuma nak tanya pasal bab yang cikgu ajarkan tadi. Kami kurang faham dengan tajuk tersebut.” Ujar pelajar tersebut, apabila melihat wajah cikgunya yang kepenatan.

“Tak mengapa. Apa yang boleh cikgu bantu?” tanya Damia lembut sambil merenung ke arah wajah ketiga-tiga pelajarnya itu.

“Kami kurang faham macam mana nak dapatkan nilai pendapatan Negara menggunakan kaedah keluaran.”

“Sebelum kamu membuat kiraan, kamu harus tahu apa yang dimaksudkan dengan keluaran Negara. Seperti yang cikgu cakap dalam kelas tadi, keluaran Negara merujuk kepada semua keluaran yang dikeluarkan oleh pelbagai sektor ekonomi di sesebuah Negara seperti sektor pertanian, perlombongan, perindustarian dan lain-lain sektor dalam tempoh 1 tahun. Nilai yang dikira mestilah nilai barang-barang akhir.

“Untuk mendapatkan keluaran dalam Negara kasar (KDNK) pada harga pasaran, kamu harus menambah keluaran dari semua sektor. Kemudian KDNK pada harga pasaran tersebut perlu ditambah dengan penerimaan faktor dari luar negeri dan menolak nilai pembayaan faktor ke luar negeri untuk mendapatkan keluaran dalam Negara kasar (KNK) pada harga pasaran.

“Setakat ini, kamu faham tak dengan apa yang cikgu terangkan ni?” tanya Damia. dia merenung seorang demi seorang pelajarnya yang kelihatan masih kebingungan.

“Ooo.. jadi cara mengira pendapatan Negara melalui kaedah keluaran sama ajalah dengan menggunakan kaedah pembelanjaan.” Ujar salah seorang daripada mereka, apabila mula memahami dengan penerangan yang diberikan oleh gurunya sebentar tadi.

“Ya… carannya sama saja. Apabila kita dah dapat KNK pada harga pasaran, kita hanya perlu menolak cukai tak langsung dan menambah subsidi untuk mendapatkan KNK pada kos faktor. Jumlah tersebut akan ditolak dengan susut nilai untuk mendapatkan jumlah pendapatan Negara yang bersih.” Ujar Damia lagi setelah melihat pelajarnya sudah memahami dengan penerangan yang diberi.

“Macam mana pula kalau kita nak tukarkan KNK pada harga kos faktor kepada KNK pada harga pasaran, cikgu?” tanya salah seorang daripada mereka.

“Bagi menukarkan kos faktor kepada harga pasaran, kaedahnya sama macam tadi juga. Cuma kamu perlu menolak subsidi dan menambahkan cukai tak langsung.”

“Hmm… barulah kami faham cikgu. Terima kasih cikgu.” Balas gadis itu lagi.

“Sama-sama. Kamu semua kena rajin berusaha. Lagipun peperiksaan akhir kamu sudah tidak lama. Saya berharap sangat kamu semua mampu mencapai keputusan yang cemerlang.”

“InsyALLAH, cikgu.” Balas mereka serentak.

Damia merenung wajah ketiga-tiga pelajarnya itu. Tidak lama kemudian mereka bertiga meminta diri. Damia hanya memandang pelajar tersebut dengan satu harapan, iaitu supaya mereka mendapat keputusan yang cemerlang di dalam keputusan Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) yang akan menjelang tidak lama lagi. Damia melihat jam di tanggannya. Sudah hampir pukul 3.30 petang. Dia mencapai beg dan buku-buku yang perlu dibawa balik lalu melangkah keluar ke tempat letak kereta.

Kereta proton wira yang dipandu Damia tidak lama kemudian berhenti di tempat letak kereta di hadapan sebuah pusat membeli belah. Dia mengaturkan langkah kakinya ke dalam pasaraya Giant untuk membeli barang-barang dapur yang sudah kehabisan.

Setelah selesai membeli-belah di dalam pasaraya Giant tersebut, Damia menapak pula ke kedai buku yang terletak berhampiran dengan pasaraya tersebut. Matanya mula melilau ke arah rak-rak yang dipenuhi dengan novel. Dia bercadang untuk membeli novel Terima Kasih kekasih hasil karya Norhayati Iberahim. Tanggannya menari-nari di setiap penjuru novel yang terdapat di rak tersebut. Setelah agak lama meneliti setiap novel yang ada di situ, matannya tertumpu pada sebuah novel yang berwarna merah hati. Hatinya merasa sangat riang kerana akhirnya dia dapat juga memiliki novel tersebut.

Namun belum sempat dia mencapai novel yang berwarna merah hati itu, dia melihat ada tangan yang sudah menyambar novel tersebut.

“Maaf encik, sebenarnya saya yang jumpa novel tu dulu.” Ujar Damia sambil merenung wajah pemuda yang telah merampas novel yang ingin dimilikinya itu.

“Tapi saya yang ambil dulu. Jadi buku ni milik saya.” Balas pemuda itu pula. Dia merenung ke arah Damia.

“Tapi saya dah lama cari novel ni, encik beli ajalah novel lain…” rayu Damia. Sudah lama dia cari buku tersebut.

“Itu bukan urusan saya, itu urusan awak. Apa yang saya tahu buku ni milik saya, sebab saya yang ambik dulu.” Balas pemuda itu sambil membawa pergi novel tersebut.

Damia hanya memandang dengan perasaan yang berbaur. Dia merapati seorang jurujual yang sedang menyusun buku-buku ke dalam rak.

“Kak.. novel terima kasih kekasih ada lagi tak? Tanya Damia. dia berharap sangat dapat memiliki novel tersebut.

“Dah habis lah adik. Novel tu tengah laris sekarang ni.”

“Ermm… tak mengapalah kak. Mungkin bukan rezeki saya hari ni untuk dapatkan novel tu.” Damia bersuara hampa. Kalau tidak kerana pemuda tadi, novel tersebut mungkin sudah menjadi miliknya.

Damia melangkah keluar dari kedai tersebut. Niatnya untuk mencari novel tersebut di kedai buku yang lain terpaksa dibatalkan apabila jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Lalu dia terus mengantur langkah ke arah tempat letak kereta.

“Kenapa dengan muka kau tu? Muncung aja dari tadi.” Tegur Amalia apabila melihat muka keruh Damia setelah gadis itu melabuhkan punggunya di atas kerusi sofa.

“Tak ada apa-apalah.. Dah lama kau balik?”

“Aku baru aja sampai. Lewat kau balik, kau ada kelas tambahan ke hari ni?”

“Tak ada. Cuma aku singgah dekat Giant kejap tadi, cari barang dapur sikit.” Ujar Damia.

“Kenapa dengan kau ni, Lain macam aja aku tengok hari ni?” Amalia hairan melihat sikap sahabatnya itu.

“Tak ada apa-apa. Aku cuma tak puas hati dengan mamat tadi tu. Aku yang jumpa novel tu dulu, tapi dia senang-senang aje main ambik. Lepas tu aku cakaplah yang aku yang jumpa novel tu dulu, lagipun dah lama aku cari novel tu. Kau tahu apa dia cakap kat aku, Itu bukan urusan saya, itu urusan awak. Apa yang saya tahu buku ni milik saya, sebab saya yang ambik dulu,” ujar Damia sambil meniru percakapan pemuda tersebut. “Aku ingat lelaki yang minat novel macam dia tu bersifat gentlemen, boleh bertolak ansur… tapi rupa-rupanya bukan main sombong lagi.”

“Patutlah muka kau muncung semacam aja tadi. Aku ingat siapalah yang cium mulut kawan aku tadi, sampai muncung macam tu sekali. Rupa-rupanya kes berebut novel aja.” Ujar Amalia sambil tersenyum.

“Kau pun tahu kan, aku dah lama cari novel tu. Tapi bila dah jumpa, dia pulak yang senang-senang ambik novel tu… Benci betul aku dengan lelaki yang sombong macam tu.”

“Tak elok benci kat orang macam tu. Nanti perasaan benci tu bertukar menjadi sayang, macam mana?” usik Amalia.

“Aku nak sayang dekat lelaki yang sombong macam dia tu? Hmm… kirim salam ajelah. Orang sombong macam dia tu, bagi free pun belum tentu ada orang yang nak tau. Dah lah, aku nak masuk mandi dulu. Kalau layan kau, sampai ke malam tak habis isu ni.”

Damia meninggalkan Amalia dengan ketawanya yang masih bersisa.

4 comments:

Anonymous said...

mntp....igt lg psl pndptn ngra nie...bgs2

mek lina said...

mntp....igt lg psl pndptn ngra nie...bgs2

Arido said...

mek lina ni sape?
he3.. mesti lah ingt
subjek yg paling arido suko la 2 ms stpm..
he3.. pe2.. pun thanks coz layan my blog.

Anonymous said...

x nmpk pe tulisan nye cik adik..kalau bley tukar font coluor bley x? sakit mata la..pe pun keep it up