Tuesday, January 5, 2010

Seindah Cintamu -3-

“Abang dah siap solat? Cepatlah turun. Ayah dengan Umi dah lama tunggu kat bawah tu.” Ada satu ketukan lembut di pintu.

“Dah. Kejap lagi abang turun.” Balas Irfan. Dia melipat sejadah yang digunakan sebentar tadi, kemudian terus keluar dari kamarnya.

“Mana Ira, mak?” tanya Irfan apabila tidak nampak kelibat adik perempuannya. Matanya melihat hidangan yang sudah terhidang di atas meja makan.

“Tengah cakap dalam telefon, kejap lagi dia datang la tu.” Balas Fauziah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada suami dan anaknnya.

“Lamanya Ira cakap dalam telefon…” Rungut Irfan.

“Ok.. Ok.. sorry lambat. Kawan telefon tanya pasal kerja sekolah tadi.” Ujar Syazira lalu menarik kerusi bersebelahan abangnya dan melabuhkan punggunnya.

“Ya ke ni? Takkan dengan kawan cakap lama-lama. Ni mesti cakap dengan boyfriends ini.” Usik Irfan sambil tersenyum ke arah adik perempuannya. Abdul Rahman dan Fauziah hanya tersenyum melihat telatah kedua-dua anaknya itu.

“Mana ada, abang! Abang ni saja tau nak tuduh Ira.” Bantah Syazira.

“Yalah tu. Umi cakap sekarang ni dah pandai melawa. Hmm… tak lama lagi dapat adik ipar lah abang.” Balas Irfan yang terus mengusik adik perempuannya itu.

“Betul ke anak umi ni dah ada boyfriends…”

“Mana ada umi! Umi dengan ayah jangan dengar cakap abang tu…” Syazira malu bila diusik begitu dihadapan umi dan ayahnya.

“Kau pulak bila lagi?” tanya Abdul Rahman kepada anak lelakinya itu.

“Bila apa, ayah?” Soal Irfan yang kehairanan dengan soalan yang diajukan oleh ayahnya.

“Nak berumahtanggalah. Umur dah nak masuk 30 tahun, tapi masih tak kahwin-kahwin lagi.” Balas Abdul Rahman.

Irfan terkedu dengan soalan yang diajukan oleh ayahnya. Dia tidak sangka usikan terhadap Syazira sebentar tadi terkena pada dirinya.

“Kenapa diam abang? Tadi bukan main lagi duk mengata dekat Ira.” Celah Syazira sambil tersenyum.

“Irfan tak sedia lagi lah ayah, umi. Lagipun banyak sangat kerja yang nak diuruskan di pejabat tu.” Balas Irfan perlahan.

“Tapi sampai bila? Kawan-kawan sebaya kau ramai yang dah berkeluarga. Irfan tak teringin ke nak ada isteri? Nak ada anak?” ujar Fauziah pula.

“Nanti dulu lah Umi… nanti kalau Irfan dah bersedia, Irfan akan kahwin juga.” balas Irfan lembut. Dia bukannya tidak mahu berkahwin, tapi dia masih belum jumpa perempuan yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya.

“Yalah tu… entah-entah abang ni tak laku. Nasib baik jadi lelaki, kalau jadi perempuan dah lama jadi ANDARTU…” usik Syazira yang tidak melepaskan peluang untuk mengusik abangnya.

“Amboi! Tak sayang mulut betul adik abang ni. Muka abang yang hensem dan macho ni dikatanya tak laku…”

“Perasannya! Muka mamat yang jual roti canai dekat depan simpang tu lagi hensem dari abang tau.” Balas Syazira sambil tersenyum.

“Ooo… jadi, mamat yang jual roti canai tu lah bakal adik ipar abang nanti… Patutlah setiap hari sabtu, suruh abang pergi beli roti canai kedai dia. Rupa-rupanya nak jumpa buah hati dia. ”

“Ish abang ni. Mengarut tau. Ingat muka adik abang ni teruk sangat ke? Sampai sanggup pilih mamat tu?”

“La… tadi Ira juga yang puji dia lebih-lebih. Lepas tu tak nak mengaku pulak.”

“Orang bergurau je lah…”

“Ooo… jadi abang ni, hensem juga lah?” balas Irfan sambil tersenyum puas. Disamping dapat mengusik adiknya, dia juga dapat menukar topik perbualannya sebentar tadi. Dia berharap agar ayah dan uminya tidak akan mengulangi soalan itu lagi.

“Dah… dah.. la tu. Dari tadi lagi asyik duduk bersembang. Tak elok bersembang depan rezeki.” Ujar Abdul Rahman lalu menadah tangan membaca doa makan dengan penuh khusuk dan tawaduk. Dia bersyukur dengan segala nikmat yang dimilikinya selama ini.

************************************************************************

Damia dan Amalia sedang leka menonton rancangan kegemaran mereka. Damia mengalih pandangan dari kaca televisyen apabila handphonenya berbunyi.

“Assalamualaikum, sayang buat apa tu?”

Damia tersentak apabila mendengar suara Azlan di hujung talian. Hilang sudah rasa marah terhadap perubahan sikap Azlan apabila mendengar suara lembut lelaki itu. Suara itulah yang sentiasa dirinduinya.

“Waalaikumussalam, tonton televisyen. Abang, sihat?” begitu riang suara Damia setelah agak lama tidak mendengar suara buah hatinya itu.

“Abang sihat aja. Sayang dah makan? Abang minta maaf sebab dah lama tak hubungi sayang. Abang sibuk sekarang ni. Bila abang senang nanti kita jumpa, ya. Dah tak sabar nak jumpa sayang. Rindu sangat!”

“Kalau rindu, kenapa tak datang jumpa Mia?”

“Abang bukan tak nak jumpa Mia, cuma abang sibuk sangat buat masa ni. Abang tahu abang dah lama tak hubungi sayang, abang betul-betul minta maaf. Abang janji, selesai aje kerja abang tu, abang datang jumpa sayang.”

“Kalau sibuk pun, takkan tak ada masa langsung nak hubungi Mia? Atau abang sengaja nak jauhkan diri abang dari Mia?” soal Damia.

“Kenapa cakap macam tu? Abang tahu, sayang marah dekat abang sebab dah lama tak hubungi sayang. Abang bukan sengaja tak nak hubungi sayang, cuma abang betul-betul sibuk. Sudah lah… sayang jangan fikir yang bukan-bukan, hanya sayang dalam hati abang.”

“Betul ni?”

“Mestilah betul. Hati ini hanya milik Damia Alisya je.”

“Yelah tu…” balas Damia manja. Dia cuba mengusir perasaan curiganya. Dia yakin dengan pengakuan Azlan itu.

“Hmm… macam tu lah.Dah lama tak dengar suara manja sayang tu. Suara tu lah yang selalu abang rindu.” Balas Azlan lembut. Damia hanya tersenyum riang mendengar kata-kata Azlan itu. “Ok lah, abang nak tidur dulu. Nanti kalau semua kerja abang dah selesai kita jumpa. Sayang jangan tidur lambat sangat tau! I miss you and love you so much. Take care. Sweet dreams. Bye, sayang. Assalamualaikum.”

“Ok. I miss you and love you too. Waalaikumussalam. Bye.” Damia mengenggam erat handphonenya. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengan lelaki itu.

“Hai, jauh mengelamun! Maklumlah orang baru lepas rindu.” Gurau Amalia apabila melihat Damia sedang mengelamun jauh.

Damia hanya tersenyum mendengar usikan sahabatnya itu. Dia meletakkan kembali handphone nokia N75 itu di tempat tadi dan pandangannya tertumpu semula pada kaca televisyen.

“Esok kau ada kelas petang tak?” tanya Amalia. sambil menepuk lembut peha sahabatnya itu.

Ada. Kenapa?

“Aku nak mintak kau tolong ambik aku dekat tempat kerja esok sebab kereta aku masuk bengkel la tadi. Zali pulak kena pergi JB esok. Tak mengapalah, kalau kau ada kelas. Aku balik naik teksi ajelah nanti menyusahkan kau pulak. ”

“Tak apa. Lagipun aku habis kelas pukul 4 esok, nanti aku terus pergi dekat tempat kau kerja.

“Kalau macam tu, ok lah.Terima kasih, Mia. Kau memang seorang sahabat yang baik.”

“Aik! Takkan terima kasih aje… kalau dapat minum milo panas pun ok juga.” ujar Damia sambil tersenyum.

“Kau ni, kalau minta tolong sikit mesti minta upah. Macam tak ikhlas aje nak tolong aku.”

“Bukan tak ikhlas, tapi kita kena pandai merebut peluang yang ada. Lagipun kalau kau buat air memang tak ada siapa yang dapat lawan tau. Sedapnya lain macam aje…”

“Yalah tu. Nak suruh aku buatkan air untuk dia la tu, kalau tak jangan haraplah nak dengar kau puji aku. Macamlah aku baru kenal kau tu.”

“Tak baik tau. Aku ikhlas puji kau tu, kau pulak kata aku main-main. Oh! Sedihnya hatiku mendengar kata-katamu itu, wahai sahabatku.”

“Banyaklah kau punya sedih…” Amalia menyiku bahu Damia, lalu bangun menuju ke dapur meninggalkan Damia dengan ketawa yang masih bersisa.

8 comments:

koppibeng said...

best2..blh than la citer arido ni..bila plk nk upload no 4 ni?

Arido said...

ngah cari feel nk tulis..
sabor erk!
thanks coz layan my blog

koppibeng said...

ha3...sma2..
eh,pas 2 bila nk wt kuar novel ni?

Arido said...

poyo r..
cite ntah pe2 arido bt
sj je tulis..
bkn nk htr pun.
he3

koppibeng said...

xpe la poyo pn..
jln cite pn ok,best la jgk..
mdh phm...

Arido said...

ye la 2.. de hal nak ambik hati arido je 2kan? he3.... ala.. klu kutuk pun arido x nangis la.. he3.. pe2 pun thanks coz layan blog arido yg xseberapa ni. hu3

koppibeng said...

eh,mna ade..bkn nk amik ati la..ikhlas dri ati ni..hu3..
dh citer mmg best sguh pn..

Arido said...

ok2.. thanks la koppibeng
di atas komen membina tu. he3