Monday, January 11, 2010

Seindah Cintamu -4-

“Hello!, ni kak Damia ke?” ujar suara di hujung talian.

“Ya. Boleh saya tahu, siapa yang bercakap ni?” soal Damia, apabila menjawab panggilan dari orang yang tidak dikenalinya itu.

“Saya, Suhaila kak. Akak free tak hari ni, boleh kita jumpa?”

“Jumpa? Kenapa?” soal Damia hairan.

“Saya ada sesuatu nak bagi tau akak.”

“Nak bagi tau tentang apa? Dan adik ni siapa sebenarnya?

“Ada sesuatu yang akak perlu tahu dan saya rasa tak sesuai untuk saya bercakap melalui telefon. Boleh tak kita jumpa petang ni, dekat Restoran Seri Selera. Akak tahu kan tempat tu...”

“Ya.. saya tahu.. tapi awak ni siapa? Dan kenapa saya perlu jumpa awak? Sedangkan saya tak kenal pun awak.”

“Please akak.... kita jumpa petang ni. Ada perkara yang perlu akak tahu...”

“Tolong la Cik Suhaila... tak payah nak berteka-teki dengan saya. Siapa awak sebenarnya? Dan apa pulak kaitan awak dengan diri saya?” Damia mula hilang sabar dengan gadis yang berada di hujung talian itu.

“Saya akan tunggu akak dekat sana. Saya berharap sangat akak akan datang.” lalu talian dimatikan.

************************************************************************************

Setelah waktu persekolahan tamat, Damia terus melangkah kakinya ke surau untuk menunaikan solat zohor. Usai mengerjakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, dia terus ke parking lot. Damia terus meredah arus bandar Kota Bharu yang sibuk itu. Damia menyusuri Jalan Hamzah dengan berhati-hati dan terus memintas hala ke Jalan Lundang. Dia memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Seri Selera.

Damia mengalih pandangannya dari satu meja ke satu meja lalu pandangannya mula jatuh ke arah gelas dihadapannya. Dia meneguk minuman itu buat seketika. Sudah 15 minit berlalu. Namun, gadis yang mengelarkan dirinya Suhaila itu masih tidak kunjung tiba. Damia mula merasa cuak menunggu. Dia mula berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.

“Kak Damia?”

Tiba-tiba suatu suara menyapanya. Damia mendongak dan terpempan seketika. Matanya meraut pada wajah ayu yang muncul secara tiba-tiba itu. Hatinya mula berdebar-debar.

“Err... Suhaila?” Damia bersuara, lantas bangun dan menyalami gadis yang bernama Suhaila itu tadi.

Gadis itu mengganguk disertai dengan sekilas senyuman lalu menyambut salam yang dihulurkan oleh Damia sebentar tadi.

“Maaf kerana terlambat. Sebenarnya dah lama saya nak jumpa akak... Namun saya takut untuk bersemuka dengan akak.” ujar Suhaila. Dalam hati, dia memuji kecantikan yang dimiliki oleh Damia. Tidak mustahil kalau Azlan tergila-gilakan Damia, kerana wajah secantik Damia mampu menawan siapa sahaja yang memandangnya.

“Siapa Suhaila sebenarnya? Dan apa kaitan dengan saya?” soal Damia serius.

“Saya minta maaf, sekiranya pertemuan ini bakal merosakan hubungan akak dengan abang Azlan.”

“Apa! merosakan hubungan saya dengan Azlan? Apa maksud awak sebenarnya ni? Tolong la jangan berteki-teki dengan saya. Awak ni siapa sebenarnya? Dan apa kaitan dengan saya dan Azlan?”

“Sebenarnya Abang Azlan tu... suami saya, kak.” ujar Suhaila sambil merenung Damia.

“Apa! Dia suami awak?” terkedu Damia dengan pengakuan Suhaila sebentar tadi.

Dia merenung gadis itu lama, cuba mencari kebenaran disebalik kata-kata itu.

“Dah hampir 6 bulan kami mendirikan rumahtangga, tapi Abang Azlan masih tak boleh terima saya sebagai isterinya. Dia kahwin dengan saya pun kerana terpaksa, kak.” balas Suhaila sambil melepaskan keluhan kecil. “Kami kahwin atas kehendak keluaga. Memang pada mulanya saya juga tak boleh terima Abang Azlan sebagai seorang suami. Namun selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga, saya mula menyayangi dirinya dan saya takut akan kehilangan diri dia, kak.” sambung Suhaila lagi.

Buat seketika suasana di antara mereka menjadi sepi. Masing-masing membisu, yang kedengaran hanyalah suara tawa serta perbualan pelanggan-pelanggan lain yang berada dalam restoran berkenaan.

“Entahlah... Saya tak tahu apa yang harus saya cakap. Semua ni berlaku secara mengejut. Saya betul-betul tak sangka yang selama ini saya bermadu kasih dengan suami orang. Saya minta maaf. Saya betul-betul tak tahu yang Azlan dah berkahwin.”

“Tak kak.. akak tak salah... abang Azlan pun tak bersalah.. keadaan yang menyebabkan kita jadi macam ni. Walaupun dia tak boleh terima diri saya sebagai isterinya, tapi abang Azlan tak pernah abaikan tanggunjawabnya sebagai seorang suami. Tapi bila saya tahu, dia berkawan dengan akak, saya jadi takut... saya takut dia akan ceraikan saya.”

Hati damia kian dipagut rasa bersalah. Perasaannya berkecamuk. Simpati, sedih, dan kecewa kian mencucuk tangkai hatinya. Wajah serta senyuman Azlan terbayang di ruang mata. Sungguh dia sayang... Azlan sudah mula menapak dihatinya. Hanya nama lelaki itu yang sering meniti di bibirnya. Namun dia tidak akan merampas kebahagiaan orang lain demi dirinya.

“Saya minta maaf... saya betul-betul tak tahu akan hal ni. Kalau saya tahu, saya takkan rapat dengan dia. Awak jangan risau... saya akan jauhkan diri saya dari Azlan.”

“Saya tak kisah, kalau akak nak terus berkawan dengan dia. Saya juga sanggup berkongsi kasih dengan akak. Saya sanggup...”

“Memang saya sayangkan dia... terlalu sayang. Tapi saya juga seorang perempuan macam awak, saya faham perasaan awak. Saya takkan hancurkan hati awak demi mencapai kebahagiaan diri saya. Saya tahu apa yang awak tuturkan pada bibir awak tu, tak sama dengan apa yang ada dalam hati awak” potong Damia cepat.

Dia merenung tepat ke arah gadis itu. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang diujarkan sebentar tadi. Mampukah dia melupakan wajah itu? mampukah dia membunuh perasaannya pada lelaki itu? semua persoalan itu terus bermain dimindanya.

“Terima kasih.. kerana akak memahami keadaan saya.” ujar Suhaila, lalu mencapai tangan Damia. Damia hanya tersenyum dia cuba menyembunyikan gelodak hatinya.

10 comments:

Anonymous said...

salam arido..
ok la cite arido ni.. cuma bab 4 2 nampak macam xmasuk r.. arido kene main dgn bahasa sikit.
pe2 pun.. gud luck.

koppibeng said...

xpuas la bca..pendek sgt cite..
msuk gk pnjg2 lg..

Arido said...

komen 1: thanks pd yg bg komen 2.. arido pun rs cm 2 jg.. tapi dh xde idea
koppibeng: insyallah.. nanti bab-bab seterusnya arido akan pjgkan cite dia
so.. mcm mn bab 4 ni? arido rs mcm xbest je.. pe yg kene baiki erk!

koppibeng said...

ok je 2..best la..

Arido said...

awk ni asyk ok je...
bile nk dgr yg x ok plk?

Arido said...

awk ni asyk ok je...
bile nk dgr yg x ok plk?

koppibeng said...

dah mmg ok sgguh pn...

Arido said...

hu3 yelah2
pe2 pun thanks la

KaCaNg87 said...

uit..cm familiar je cite ni..huhu

Arido said...

he3.. ye ke?
dgr or baca kat mn 2?